‘Saya terpaksa letak anak dalam sangkar kerana perlu bekerja’

‘Saya terpaksa letak anak dalam sangkar kerana perlu bekerja’

'Saya terpaksa letak anak dalam sangkar kerana perlu bekerja'
TIGA individu termasuk ibu kepada mangsa dibawa ke mahkamah untuk didakwa atas pertuduhan mendera seorang kanak-kanak di Mahkamah Sesyen Jenayah 5 dan 12, Jalan Duta. – Foto NSTP/Aswadi Alias

KUALA LUMPUR: “Saya terpaksa letak anak dalam sangkar kerana perlu bekerja.”

Demikian rayuan seorang ibu yang dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen semalam selepas mengaku bersalah melakukan penganiayaan terhadap anak lelaki kandungnya, Februari lalu.

Wanita berusia 20 tahun turut diperintahkan menjalani khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh enam bulan sebaik selesai menjalani hukuman bermula hari ini.



Selain itu, Hakim Norina Zainal Abidin mengarahkan ibu muda itu dikenakan bon jaminan berkelakuan baik untuk tempoh lima tahun dengan RM10,000 tanpa cagaran.

Malah, mahkamah sama juga turut mengarahkan dua lagi rakan ibu mangsa iaitu Adibah Mohd Zaini, 35, dan Nor Azlin Fatin Najihah Lokman, 25, dijatuhi hukuman sama selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib




Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga mereka bersama-sama melakukan penganiayaan kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun enam bulan di mana perbuatan itu mendatangkan kecederaan terhadap mangsa.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Danau Desa, di sini pada jam 1.40 tengah hari hingga 1.45 tengah hari, 23 Februari lalu.

Oleh itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, sebelum Norina menjatuhkan hukuman, ketiga-ketiga tertuduh merayu supaya hanya hukuman denda kerana masing-masing sudah insaf dan mengakui kesalahan dilakukan.



Ibu mangsa dalam rayuannya meminta hukuman ringan atas alasan sudah menyesal dengan perbuatannya kerana terpaksa meletakkan anaknya dalam sangkar untuk bekerja.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Demokrasi Dalam BERSATU Sudah Mati, Apakah PN Akan Di Heret Sama?


Hakim: Kamu letak (sangkar) di mana?



Ibu mangsa: Di belakang dapur rumah Adibah.

Hakim: Kenapa (letak dalam sangkar)?

Ibu: Tiada siapa nak jaga, saya perlu pergi kerja.

Hakim: Kamu kerja dari jam berapa ke berapa?



Ibu: 3 petang sampai 10 malam.

Hakim: Apa hubungan kamu dengan mangsa?

Ibu: Anak kandung saya.

Hakim: Kenapa letak anak kamu dalam sangkar, tapi tidak bagi mak kamu jaga di Pulau Pinang? Kamu tiada jawapan?



Ibu: Tiada.

Hakim: Apa rancangan kamu terhadap anak selepas ini?


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Najib perlu jawap pertuduhan, keputusan yang sudah dijangka 

Ibu: Saya akan tinggal di Pulau Pinang selepas ini, ibu akan jaga jika saya bekerja.

Adibah dalam rayuannya turut memohon hanya hukuman denda dikenakan kerana mempunyai dua anak yang masih kecil.

“Saya mohon kurangkan hukuman hanya denda, tiada siapa yang menjaga mereka di rumah, suami saya bekerja.

“Saya tidak mahu masuk penjara dan menyesal dengan perbuatan ini, ini kali pertama dan terakhir saya melakukan kesalahan ini,” katanya.

Nor Azlin Fatin juga dalam rayuannya memohon hukuman ringan kerana perlu menanggung adik beradik 10 orang dan ada antara mereka masih kecil.

“Saya mengaku bersalah kerana bersubahat,” katanya yang mengesahkan tinggal di rumah sama dengan Adibah.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Joshua Tee Yee Khuan mencadangkan hukuman pemenjaraan dikenakan ke atas ketiga-tiga mereka kerana perbuatan tidak berperikemanusiaan dan menganiaya kanak-kanak berusia tidak sampai tiga tahun.

Berdasarkan fakta kes, hasil siasatan pegawai penyiasat, ketiga-tiga tertuduh bersama-sama menyebabkan penganiayaan terhadap mangsa dengan menendang dan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Adibah menendang kanak-kanak itu beberapa kali sambil dirakam Nor Azlin Fatin manakala ibu mangsa turut berada di tempat kejadian dan membenarkan kejadian itu.

Rakaman video menunjukkan Adibah menendang mangsa beberapa kali di hadapan dua tertuduh lain di rumah berkenaan, hasil pemeriksaan awal perubatan menunjukkan terdapat kesan kecederaan pada bahagian kening, perut, belakang badan, tangan dan kaki.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Segalanya Akan Terdedah Dalam Perbicaraan Bela Diri DS Najib

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker