Cedera dilanggar kereta ketika kawal lalu lintas depan sekolah

Cedera dilanggar kereta ketika kawal lalu lintas depan sekolah

Cedera dilanggar kereta ketika kawal lalu lintas depan sekolah
Tangkap layar video tular memaparkan kemalangan membabitkan kereta dengan pengawal lalu lintas berkenaan di sebuah sekolah dekat Bandar Seri Alam, kelmarin. STR/TULAR/FOTO

JOHOR BAHRU: Seorang pengawal keselamatan sekolah cedera dilanggar kereta dipandu seorang wanita ketika mengawal lalu lintas di hadapan sebuah sekolah di Bandar Seri Alam di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, berkata pihaknya menerima satu paparan yang dimuat naik melalui Facebook ‘Community Roda Johor – CRJ’ dan menerima satu laporan berhubung kemalangan itu.

Beliau berkata, kemalangan membabitkan Perodua Viva dengan seorang pengawal lalu lintas sekolah itu kira-kira jam 1.40 tengah hari kelmarin.



“Pemandu kereta adalah seorang wanita tempatan berusia 40 tahun yang sedang memandu keretanya dari Taman Molek menghala ke Taman Ehsan Jaya.

“Tiba di lokasi kejadian, pemandu kereta terlanggar pengawal lalu lintas sekolah yang juga seorang lelaki warga tempatan berusia 69 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kem Hamzah Terkulai Dalam Pemilihan BERSATU




Menurutnya, akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan ringan di tangan dan menerima rawatan di sebuah hospital swasta.

Jelas dalam video itu, ketika kejadian, lampu isyarat berwarna merah dan pengawal lalu lintas sedang berada di atas lintasan pejalan kaki untuk membantu murid sekolah melintas, sambil mangsa mengangkat tangan memberi amaran supaya kereta memberhentikan kenderaan.

Bagaimanapun, kereta berkenaan tetap melanggar mangsa.

Mohd Sohaimi berkata, siasatan dijalankan di bawah Rule 10 LN 166/59 dan pihaknya menasihatkan supaya orang ramai sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan.



“Sentiasalah memandu kenderaan dalam keadaan berwaspada dengan persekitaran dan bertanggungjawab,” katanya.

Pada masa sama, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu supaya menyalurkannya kepada pihak polis di talian 07-3864222 bagi membantu siasatan.

Cedera dilanggar kereta ketika kawal lalu lintas depan sekolah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Titah Adendum: Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker