Beg berisi RM1 juta hilang: Dua pengawal keselamatan ditahan bantu siasatan – Polis

Beg berisi RM1 juta hilang: Dua pengawal keselamatan ditahan bantu siasatan – Polis

Beg berisi RM1 juta hilang: Dua pengawal keselamatan ditahan bantu siasatan - Polis
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua pengawal keselamatan termasuk seorang wanita berhubung kehilangan beg berisi wang tunai RM1 juta selepas proses kutipan oleh sebuah syarikat keselamatan dari sebuah bank di Ampang Point, Ampang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata mereka yang masing-masing berusia berusia 52 dan 38 tahun, ditahan pada jam 10 malam kelmarin.

Beliau berkata, semakan mendapati kedua-duanya tiada rekod jenayah, manakala ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas mereka didapati negatif.

“Kedua-dua pengawal terbabit membuat tugas kawalan dengan menaiki van keselamatan terbabit semasa kejadian

“Mahkamah Ampang hari ini (semalam) membenarkan mereka direman selama empat hari hingga Ahad ini,” katanya dalam kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kem Hamzah Terkulai Dalam Pemilihan BERSATU



Dalam pada itu, Mohd Azam mengesahkan menerima satu laporan polis daripada seorang orang awam yang menjumpai semula beg itu pada jam 9.20 pagi semalam.

“Beg itu didakwa dijumpai berdekatan kawasan Ampang Point. Hasil pemeriksaan ke atas beg itu disahkan ia milik syarikat keselamatan terbabit dan mengandungi wang tunai sebanyak RM1,071,000.

“Siasatan masih lagi diteruskan,” katanya yang memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan

Semalam, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi mengesahkan beg berkenaan sudah ditemui dan diserahkan kepada pihak polis.

Katanya, beg itu ditemui di Jalan Hulu Kelang menuju ke Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) arah ke ibu negara, tidak lama selepas kejadian.

Beliau berkata, beg berisi wang itu dipercayai terjatuh di atas jalan ketika van syarikat keselamatan itu melalui satu laluan berselekoh.

Bagaimanapun, katanya pihak polis tidak boleh membuat kesimpulan awal berhubung punca sebenar kejadian, justeru perlu menjalankan siasatan lanjut.

Semalam, Mohd Azam mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan beg berisi wang tunai RM1 juta dalam kejadian di Ampang Point.

Beg berisi RM1 juta hilang: Dua pengawal keselamatan ditahan bantu siasatan – Polis


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker