Dua pelajar POLISAS maut nahas
KUANTAN: Dua pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) di sini, maut selepas motosikal ditunggangi terbabit dalam kemalangan di Jalan Pintasan Kuantan di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata mangsa dikenali sebagai Muhamad Nor Iman Mahadi, 20, berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan Muhammad Adib Suhail Jaeh, 20, dari Pulai, Johor.
Katanya, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah.
“Berdasarkan laporan, nahas berlaku jam 12.20 tengah malam tadi membabitkan motosikal ditunggang dua mangsa.
“Siasatan awal mendapati, mangsa menunggang motosikal dari arah bandar Kuantan menghala Taman Dato Rashid.
“Penunggang dipercayai gagal mengawal motosikal ketika berada di laluan lurus lalu terbabas di jalan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenyataan RSN Rayer Dan AMK Boleh Menggugat Kerjasama Kerajaan Perpaduan
- Parti Nyamuk Seperti PEJUANG Jangan Bersikap Lebih Sudu Dari Kuah
- Mohon maaf Najib yang di “Spin” oleh banyak pihak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET