Buruh mabuk didakwa langgar budak sekolah

Oleh – Syeikh Baran

Buruh mabuk didakwa langgar budak sekolah

Seorang tukang pasang khemah didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga melanggar murid sekolah di daerah ini, Khamis lalu.



Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan susulan tertuduh, B Tangga Paandi, 28, tidak memahami pertuduhan yang dibacakan dihadapan Majistret Uthman Abd Ghani.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh sebagai pemandu kenderaan jenis Perodua Myvi telah memandu di atas jalan raya itu dengan mempunyai sebegitu banyak alkohol dalam badan melebihi had yang ditetapkan sehingga menyebabkan kecederaan kepada murid lelaki berusia 11 tahun.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 7 pagi, di kilometer 1.2, Jalan Pantai, dekat Sekolah Kebangsaan Port Dickson (SKPD), di sini, 24 Oktober.

Berikutan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 44(1A)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara minimum tujuh tahun dan maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang RM30,000 hingga RM50,000.



Jika sabit kesalahan, lesen memandu akan diendorskan serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama maksimum tujuh tahun dan lesen memandu percubaan, jika ada, dibatalkan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker