Bomba tangkap ular sawa 240kg kekenyangan baham 3 kambing
Bomba tangkap ular sawa 240kg kekenyangan baham 3 kambing
KUALA KRAI: Seekor ular sawa batik dianggarkan sepanjang tujuh meter dan seberat 240 kilogram (kg) berjaya ditangkap selepas membaham seekor ibu dan dua anak kambing milik penduduk Kampung Ngangah, di sini, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Nik Ahmad Afsham Nik Pa, berkata terdahulu pihaknya menerima panggilan daripada seorang penternak pada jam 7.15 pagi.
Beliau berkata, penternak itu memaklumkan ular berkenaan berada dalam kandang kambing di tepi rumah miliknya dan telah menelan ibu serta dua anak kambing.
“Sebaik saja menerima laporan itu, tiga anggota Pasukan Bomba Sukarela Guchil dan tujuh anggota BBP Kuala Krai dikerahkan ke lokasi untuk menjalankan operasi menangkap ular berkenaan.
“Pasukan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap ular itu yang kekenyangan setelah menelan ibu serta dua anak kambing,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Bomba tangkap ular sawa 240kg kekenyangan baham 3 kambing
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenyataan RSN Rayer Dan AMK Boleh Menggugat Kerjasama Kerajaan Perpaduan
- Parti Nyamuk Seperti PEJUANG Jangan Bersikap Lebih Sudu Dari Kuah
- Mohon maaf Najib yang di “Spin” oleh banyak pihak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET