Sindiket upah remaja beli petrol untuk diseleweng

Oleh – Syeikh Baran

Sindiket upah remaja beli petrol untuk diseleweng

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KDPN) Perlis mendedahkan terdapat sindiket yang mengupah remaja untuk membeli petrol di stesen-stesen minyak untuk diseleweng.



Pengarah KPDN negeri, Hasbullah Abd. Rashid berkata, pihaknya mengesan modus operandi baharu itu yang melibatkan pembelian petrol bersubsidi secara kecil-kecilan.

“Bahan bakar itu kemudian diisi ke dalam bekas minyak atau jerry can lalu dikumpulkan di satu tempat penyimpanan di lokasi tertentu dan kita tidak menolak ia digunakan untuk tujuan penyeludupan.

“Mereka ini akan mengupah remaja dengan bayaran antara RM100 untuk satu trip (pada kadar tertentu) dan satu hari boleh mencecah sehingga lima trip sehari,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kata beliau, taktik terbaharu itu dipercayai cuba mengalih perhatian pihak berkuasa dan KPDN akan memantau rapat perkara tersebut termasuk mendapatkan maklumat daripada orang awam.

“Dua lagi modus operandi yang biasa digunakan adalah membeli dan menghimpunkan bahan bakar di stor-stor lama yang tersorok sebagai tempat transit sebelum dibawa keluar pada waktu tertentu melalui mod pengangkutan di darat dan perairan ke negara jiran.



“Selain itu, ada juga kenderaan yang mengisi minyak melebihi kapasiti dan pergi ke negara jiran seolah-oleh seperti pelancong lalu membuat pemindahan bahan bakar di sana,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hasbullah berkata, sebanyak 92 kertas siasatan dibuka di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dari 1 Januari hingga 23 Oktober tahun ini dengan nilai rampasan sebanyak RM1.2 juta.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker