Tuan Ibrahim dan anggota pembangkang lain perlu tingkatkan kualiti soalan.
Tuan Ibrahim dan anggota pembangkang lain perlu tingkatkan kualiti soalan.
Selain negara memerlukan kerajaan yang baik, negara juga memerlukan anggota pembangkang yang baik.
Ini untuk seimbangkan “check and balace” serta pelicinan pentadbiran negara.
Tanpa sekelompok anggota pembangkang yang baik , pemerintah atau kerajaan akan berada didalam ” comfort zone” dan sentiasa mentadbir negara dalam keadaan tidak dikawal atau terasa bebas tidak dipantau.
Baru baru ini, Tuan Ibrahim Tuan Man telah mempamirkan satu tindakan yang menunjukan betapa rendah nya kualiti yang ada pada pihak pembangkang.
Soalan soalan yang tiada faedah kepada rakyat telah diajukan oleh Tuan Ibrahim kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Sehari sebelum ini, seorang ahli Parlimen dari Machang Wan Ahmad Fayshal telah membuat Parlimen terhilang fokas apabila sengaja masuk ke Galeri awam walaupun tahu dirinya telah dihukum gantung dari persidangan Dewan selama Enam bulan.
Tindakan WAF ini akibatkan beliau ditegur oleh Speaker Dewan.
Kemudian, seorang anggota pembangkang Datuk Takiyuddin terpaksa menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap apa yang ditegur terhadap WAF.
Parlimen telah membuang masa rakyat untuk melayan perkara remeh temeh seperti ini.
Berbalik kepada isu Tuan Ibrahim, soalan yang dibangkitkan nya semalam merupakan satu soalan yang tiada faedah kepada kepentingan rakyat.
Selain 8a soalan nakal dan kebudak budakan ia juga menujukan tahap dan kualiti yang ada pada TITM.
Belanjawan negara yang terbesar RM400 bilion lebih seharus nya akibatkan TITM lebih ingin tahu dan mengkaji perbelanjaan itu demi rakyat.
Sebalik nya soalan peribadi dan tidak releven yang disoal oleh TITM.
Sepatutnya jika Perdana Menteri tidak mahu ambil gaji ia satu kebaikan dan merupakan hak nya.
TITM sepatut risau jika ada orang ambil gaji tapi tidak buat kerja seperti individu yang duduk disebelah nya.
Itu lebih afdal.
Ratusan ribu wang rakyat dibayar sebagai gaji tetapi tidak menjalankan tugas duta timur tengah, bahkan kerap ponteng sidang parlimen.
Orang seperti ini yang sepatut TITM persoalkan.
Apa pun dari keseluruhan hal ini,yang jelas adalah kualiti soalan yang datang dari penyoal yang tiada berkualiti.
Negara akan rugi jika pembangkang berterusan bersikap sebegini.
Anggota pembangkang harus pertingkatkan lagi kualiti dan mutu soalan yang lebih berfaedah dan intelektual.
Ini dapat membantu kemajuan negara secara tidak langsung sekaligus membuat kerajaan sentiasa berkerja keras.