Thiem bersara secara rasmi
Thiem bersara secara rasmi
Vienna, Austria: Bekas juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) Dominic Thiem secara rasminya mengucap selamat tinggal kepada sukan tenis selepas tewas di tangan Luciano Darderi pada pusingan pertama Terbuka Bank Erste di Vienna, malam semalam.
Pemain Austria itu mendapat sokongan padu penyokong sendiri tetapi akhirnya akur tewas 6-7 (6), 2-6 dan selepas tamat perlawanan, dia menerima tepukan gemuruh ketika meletakkan raketnya di atas gelanggang.
“Saya hanyalah sebahagian daripada karier ini. Keseluruhan perjalanan menakjubkan dan hari ini adalah untuk anda. Saya tak dapat bayangkan lebih baik daripada ini. Terima kasi!”
Bekas pemain nombor tiga dunia itu kembali menyerlah selepas pulih kecederaan pergelangan tangan kanan pada 2021. Dia menewaskan Alexander Zverev untuk menjuarai Terbuka AS 2020, dua kali tewas di tangan Rafael Nadal di Terbuka Perancis (2018-19) dan turut tewas kepada Novak Djokovic pada final Terbuka Australia 2020.
Sejurus selepas mengumumkan persaraannya pada Mei lali, Thiem baru-baru ini memberitahu ATP.com, dia tak kesal dengan keputusannya itu.
Thiem bersara secara rasmi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tuan Ibrahim Sindir Warga PASTI?
- Mantan Ketua Hakim Negara Beri Teguran Keras Kepada Dr MAZA
- Kehadiran Wan Ahmad Fayshal jadi isu di Parlimen
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ternyata Dasar BR1M Yang Di Pelopori Najib Adalah Formula Terbaik