Sepatutnya Siti Zailah Sudah Lama Sebak
Sepatutnya Siti Zailah Sudah Lama Sebak
Ahli Parlimen PAS/PN Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff, sebak ketika menceritakan kesulitan dialami rakyat bawahan.
Beliau menyatakan sebak selepas meminta izin mencelah ketika Hamzah Zainudin membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat.
Beliau mendakwa kononnya sangat tersentuh hati dengan apa yang diucapkan Ketua Pembangkang terbabit.
“Saya sebagai ibu yang berada di kawasan pedalaman yang setiap hari melihat realiti hidup rakyat.”
“Apa yang disebut YB (Yang Berhormat) ini sebenarnya itu yang berlaku di bawah.”
“Walaupun kerajaan berbangga dengan angka inflasi 1.9 peratus sebenarnya rakyat tak merasa.”
“Hakikatnya kehidupan di bawah semakin berat dan terbeban.”
“Saya ingin merujuk satu (laporan) akhbar Harian Metro pada 24 Ogos 2024.”
“Ia menceritakan bagaimana kisah seorang wanita dijumpai tidak bermaya di Taman Indah, Sungai Abong, Johor.”
“Di sisinya ada jasad ayah dan adiknya yang sudah meninggal dunia kerana kelaparan.”
“Apakah ingin kita lihat dalam negara kita ini ramai lagi rakyat Malaysia mati kelaparan?”
“Ini satu kezaliman kepada rakyat.”
“Dengarlah suara dan rintihan rakyat.”
“Jangan jadi kerajaan yang dipanggil orang sebagai kerajaan lembu kenyang.”
“Pada pandangan kami, tumpuan harus diberikan secara lebih jelas kepada usaha mencipta enjin pertumbuhan ekonomi baharu.”
“Bukan kepada peluasan cukai sedia ada, pengenalan cukai baharu dan pemotongan subsisidi,” kata beliau.
Kita menghargai kesebakan dalam membuktikan beliaulah yang terpaling prihatin ke atas kesusahan rakyat.
Tetapi sebagai ahli Dewan Rakyat dari Kelantan, sepatutnya Siti Zailah sudah lama merasa sebak dan bukannya baru sekarang.
Apakah beliau tidak sebak melihat rakyat Kelantan menggunakan air paip yang warnanya lebih keruh dari teh susu?
Juga apakah beliau tidak merasa sebak melihat keadaan ekonomi rakyat di Rantau Panjang khasnya dan rakyat di Kelantan umumnya?
Dan bukankah beliau sendiri yang pernah berkata, tidak ada gunanya pembangunan kerana ianya hanya akan membawa rakyat ke arah maksiat?
Kenapa sekarang hendak merasa sebak?
Sepatutnya Siti Zailah Sudah Lama Sebak
Di Syorkan Untuk Anda:
- Wee Kah Siong Di Lantik Penasihat Pelaburan Cina
- Apa Sudah Jadi Dengan PPBM Melaka?
- PSM: Kenaikan Gaji Era Ismail Sabri Lebih Tinggi