Dendam kesumat, tangan tak lepas cekik ular lepas dipatuk

Oleh – Syeikh Baran

Dendam kesumat, tangan tak lepas cekik ular lepas dipatuk

Seorang lelaki di Bhagalpur, negeri Bihar menjadi perhatian pengguna media sosial apabila dia datang ke hospital untuk menerima rawatan kecemasan bersama seekor ular yang mematuknya, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Prakash Mandal berkata, dia sempat menangkap ular berbisa itu dengan menggenggam mulutnya sebelum bergegas ke wad kecemasan di sebuah hospital. 

Rakaman yang dikeluarkan oleh NDTV memaparkan beberapa doktor dan pesakit terkejut melihat kehadiran Prakash. Mereka cuba menjauhkan diri daripada Prakash kerana bimbang reptilia itu terlepas dari tangannya. 

Dia kemudian dibawa ke tempat lain untuk memastikan orang ramai yang berada di wad kecemasan selamat.

Rakaman lain menunjukkan Prakash terbaring di atas pengusung sambil tangannya masih memegang ular tersebut. 

Meskipun berada dalam kesakitan, dia memastikan reptilia berbahaya itu kekal di tangan kanannya. 

Menurut doktor, pesakit itu sukar dirawat jika ular itu tidak dilepaskan. 

“Dia akhirnya melepaskan ular itu. Mangsa masih menerima rawatan di hospital,” tambahnya. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker