Strategi PAS Alih Isu Raja Pasir Selangor Gagal

Strategi PAS Alih Isu Raja Pasir Selangor Gagal

Strategi PAS Alih Isu Raja Pasir Selangor Gagal

 

Kes Raja Pasir Selangor benar-benar memberi tamparan hebat kepada Perikatan Nasional.

Ianya bukan sahaja membongkar kerakusan pemimpin Perikatan Nasional menjarah alam semulajadi.



Bukan sahaja reputasi Perikatan Nasional tercalar teruk, tetapi juga slogan PN BEST (PN Bersih dan Stabil) kini mula dipersendakan oleh orang ramai.

Bagi Perikatan Nasional, skandal Raja Pasir Selangor tidak boleh dibiarkan terus menjadi perbualan awam.

Sekiranya dibiarkan, sisa keyakinan rakyat dan sokongan anak muda akan terus terhakis.

Isu yang baharu mesti diwujudkan supaya perhatian orang ramai akan beralih dari terus bercakap mengenai skandal Raja Pasir Selangor.



Cubaan PAS untuk mempolemikkan isu lawatan kapal perang dari China ke Malaysia gagal.

Anak kapal yang datang itu majoritinya bukan tentera elit sebagaimana yang cuba digambarkan.

Tetapi mereka hanyalah tentera rekrut yang masih belum tamat latihan.

Lagi pun sebelum ini kapal perang dari beberapa negara lain juga pernah membuat lawatan ke negara kita.



PAS sekali lagi cuba mencipta isu supaya rakyat berhenti dari bercakap mengenai skandal Raja Pasir Selangor.

Adik kepada Presiden UMNO, Hakim Hamidi, diperalatkan untuk mencipta isu yang baru.

PAS dengan bangganya mengumumkan, Hakim, adik kepada Presiden UMNO, DS Zahid telah menyertai PAS sebagai ahli seumur hidup.

Kita tidak faham, apa yang istimewa mengenai perkara itu.



Kalau DS Zahid yang meninggalkan UMNO dan menyertai PAS, itu bolehlah dianggap sebagai berita yang menggemparkan.

Hakim bukanlah pemimpin di peringkat akar umbi, apa lagi di peringkat pusat.

Tidak menghairankan kalau ada di kalangan pemimpin akar umbi UMNO sendiri tidak mengenali siapa Hakim.

Lagi pun, Hakim menyertai PAS hanya sebagai ahli seumur hidup atau lebih tepat lagi sebagai ahli biasa.



Adik Beradik Tidak Sehaluan Adalah Perkara Biasa

 

Cerita mengenai adik tidak sehaluan dengan abang bukan sahaja berlaku dalam dunia politik.

Dalam sejarah, anak Nabi Adam, Qabil membunuh adik beliau, Habil.

11 orang adik beradik Nabi Yusuf juga berdendam hingga sanggup mencampakkan Nabi Yusuf ke dalam perigi.



Bapa saudara Nabi Muhammad SAW, Saidina Hamzah Abdul Mutalib dengan adik beliau, Abu Lahab juga bermusuhan.

Tapi Saidina Hamzah dijamin syurga, manakala Abu Lahab pula masuk neraka.

Dalam sejarah negara ni, Presiden PAS sendiri pernah masuk UMNO.

PAS jangan buat-buat lupa tentang Asri Muda.

Jadi tidak ada apa yang hendak dihairankan bila Hakim membuat keputusan menyertai PAS.

Kepada PAS, please try harder…

 

Strategi PAS Alih Isu Raja Pasir Selangor Gagal

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker