Anna Jobling – Saya nak dapat anugerah di sini pun susah

Anna Jobling – Saya nak dapat anugerah di sini pun susah

Anna Jobling - Saya nak dapat anugerah di sini pun susah
ANNA Jobling ketika sesi bergambar di Sri Pentas. FOTO Nabila Adlina Azahari

Kuala Lumpur: Pelakon jelita, Anna Jobling, 24, tidak pernah terfikir untuk cuba memenangi anugerah di luar negara walaupun dia kini sudah berjaya menempa nama di Indonesia menerusi filem seram Lembayung arahan Baim Wong.

Anna yang membawa watak hantu bernama Tantri dalam filem itu berkata, untuk dia mendapatkan pengiktirafan anugerah di dalam negara pun dirasakan susah, ini pula mahu berangan-angan di negara orang.

“Saya nak dapat anugerah di sini (Malaysia) pun susah. Jadi, tak pernah terfikir pun. Cuma, apa yang boleh saya kata, itu terpulang kepada rezeki.

“Sebab, saya pun masih baharu masuk ke sana (Indonesia) dan masih satu perjalanan yang panjang lagi untuk saya nak dapatkan anugerah di sana.

“Tapi, untuk saya sendiri memang betul nak dapatkan anugerah dalam negara kita ini pun susah dan Alhamdulillah dengan anugerah yang saya dapat di sini,” katanya kepada Harian Metro.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Chegu Bard Bellringer Sebenar Skandal Pasir Selangor


Pemilik nama sebenar, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman ini berkata, dia bagaimanapun sangat berterima kasih dengan kelab peminatnya yang tidak jemu mengundi di ABPBH36.

“Macam kejayaan saya di ABPBH36 ini, semuanya bergantung kepada peminat saya. Mereka (peminat) yang dapatkan untuk saya. Jadi, anugerah di tempat lain, saya tak fikir langsung.

“Lagi pula, bagi saya dah dapat tembusi ‘market’ (pasaran) di sana (Indonesia) pun dah satu anugerah kepada saya sebab memang susah nak masuk ke sana. Persaingan di sana juga sengit,” katanya.

Anna yang kini berulang-alik antara Malaysia dan Indonesia, mula berlakon dalam drama disiarkan TV3 pada 2021 menerusi Shah Alam 40,000 sebagai watak Shafinaz MacKenzie.

Katanya, dia juga sangat bersyukur apabila drama Melur Untuk Firdaus lakonannya sebagai Melur di TV3 pada 2022 berjaya membawa nama dan bakat seninya sehingga ke tahap ini, termasuk melebar sayap di Indonesia.

Anna Jobling – Saya nak dapat anugerah di sini pun susah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Teruk Shamsul Iskandar kena hentam kerana nak jadi hero.

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker