Polis Jepun buat iklan ‘scam’ comel

Oleh – Syeikh Baran

Polis Jepun buat iklan ‘scam’ comel

Sepasukan polis di Jepun menjadi sensasi internet selepas menghasilkan iklan unik untuk menangani masalah penipuan atau ‘scam’ yang semakin berleluasa di negara itu, lapor portal berita Yahoo News semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform X oleh akaun @HP_maplekun, lima pegawai polis wilayah Hiroshima dilihat melakukan tarian comel sambil mengenakan pakaian beruniform lengkap. 

Mereka menari sambil mengikut rentak lagu ‘anti-scam’ yang dinyanyikan oleh kanak-kanak sebuah tadika tempatan dalam bahasa Jepun. 

Selain tarian menarik, video tersebut turut menampilkan lirik lagu yang dihasilkan oleh pasukan itu sendiri. 

“Mereka mengambil kesempatan terhadap anda dan masuk ke dalam hati. Anda memberi wang dan anda ditipu. Anda tidak akan dapat kembali wang anda,” demikian antara lirik lagu tersebut. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 10 juta tontonan dan 94,000 tanda suka. 

“Ini sangat bagus!” kata seorang netizen. 

“Ini lebih berkesan daripada mengedarkan risalah di jalan!” komen netizen lain. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker