Lebih RM5 Juta Di Jumpai Dalam Safehouse Politikus Berpengaruh, Siapa Dia?

 

Lebih RM5 Juta Di Jumpai Dalam Safehouse Politikus Berpengaruh Siapa Dia

Lebih RM5 Juta Di Jumpai Dalam Safehouse Politikus Berpengaruh, Siapa Dia?

 

SPRM menyerbu sebuah unit pangsapuri di Kuala Lumpur yang disyaki digunakan oleh seorang ahli politik berpengaruh sebagai tempat menyimpan wang rasuah.



Menurut sumber dalaman SPRM, serbuan itu dibuat pada jam 10 malam.

Ia sebagai sebahagian daripada siasatan dakwaan rasuah oleh ahli politik itu.

“Seorang suspek yang ditahan telah mendedahkan kewujudan safehouse yang bertujuan menyimpan wang hasil rasuah milik seorang ahli politik berpengaruh.”

“Hasil penggeledahan telah menemui sejumlah wang mata wang Singapura berjumlah SGD1,529,000 atau kira-kira RM5 juta.”



“Wang ini disimpan bertujuan untuk kegunaan ahli politik berkenaan bagi aktiviti politiknya.”

“Wang ini telah disita oleh SPRM bagi siasatan lanjut,” jelas beliau.

SPRM juga menyiasat ahli politik berkenaan berkaitan skandal rasuah berjuta-juta ringgit.

Ianya didakwa berhubung konsesi perlombongan pasir di bawah anak syarikat cabang pelaburan negeri itu.



Sebelum ini, SPRM menahan dua suspek skandal konsesi lombong ini.

Seorang ahli perniagaan dan seorang bekas eksekutif kanan di Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI).

Kedua-dua suspek didakwa ada kaitan dengan seorang pemimpin pembangkang terkenal yang pernah mempunyai pengaruh politik di Selangor.

Bekas eksekutif itu disyaki menerima rasuah jutaan ringgit daripada syarikat yang memperoleh konsesi perlombongan pasir beberapa tahun lalu.



Menurut maklumat SPRM, suspek kedua iaitu ahli perniagaan telah (didakwa).

Bertindak sebagai orang tengah untuk mengutip suapan bagi pihak suspek pertama.

Ada banyak pihak lain yang terlibat yang SPRM sudah panggil.

Namun kedua-dua mereka dianggap sebagai suspek utama kami



Seorang daripada suspek ditahan reman sehingga Selasa ini.

Manakala seorang lagi dibebaskan atas perintah mahkamah kerana masalah kesihatan.

Kalau kita masih ingat, beberapa tahun yang lalu, pernah tular berita mengenai penglibatan seorang Menteri Besar Selangor ketika itu dalam pemberian konsesi pasir.

Kita tidak mahu membuat sebarang spekulasi, tetapi rasanya semua orang tahu siapa ahli politik tersebut.



Kita beri ruang dan peluang untuk SPRM melengkapkan siasatan mereka.

Lebih RM5 Juta Di Jumpai Dalam Safehouse Politikus Berpengaruh, Siapa Dia?

Di Syorkan Untuk Anda:

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker