Bodyguard Fazura Kesal Dituduh Sebagai Teman Lelaki Bekas Isteri Fattah Amin

Sudah Ada Bini,

Bodyguard Fazura Kesal Dituduh Sebagai Teman Lelaki Bekas Isteri Fattah Amin

Bodyguard Fazura Kesal Dituduh Sebagai Teman Lelaki Bekas Isteri Fattah Amin

Shahaszrin Mohd. Sabiruddin, pengawal peribadi kepada aktres sensasi Nur Fazura, baru-baru ini meluahkan rasa kesal terhadap tuduhan netizen yang mengaitkannya sebagai teman lelaki majikannya.

Komen tersebut muncul selepas satu video di mana Fazura ditemu bual oleh media di mahkamah, dan seorang netizen menulis, “Jangan menangis. Boyfriend (teman lelaki) kat belakang tu,” merujuk kepada Shahaszrin.



Dalam satu hantaran di InstaStory, Shahaszrin tidak teragak-agak untuk membalas tuduhan itu, menganggapnya sebagai fitnah.

“Ikut sedap saja nak tulis kan. Standby (siap sedia) ya mak cik. Jangan nanti kata cucu yang main TikTok. Mak cik dah fitnah saya. Mak cik tahu apa yang mak cik kena buat kan kalau tak nak benda jadi panjang,” tulisnya.

Tuduhan ini tidak hanya mendapat perhatian Shahaszrin, tetapi juga mencetuskan reaksi daripada netizen lain. Ramai yang tampil mempertahankan Shahaszrin, menjelaskan bahawa dia hanyalah pengawal peribadi Fazura.



Salah seorang netizen dengan tegas menyatakan, “Bodyguard dia mak cik. Dah ada anak bini pun,” sambil menegaskan status sebenar Shahaszrin.



 

Seorang lagi netizen juga menambah, “Mak cik ni, jangan lupa minta maaf ya. Bukan apa, takut tiba-tiba Allah tarik nyawa mak cik.”



Shahaszrin bukanlah wajah baru dalam industri, kerana beliau telah berkhidmat sebagai pengawal peribadi kepada Fazura dan suaminya, Fattah Amin, sejak beberapa tahun lalu.

Bodyguard Fazura Kesal Dituduh Sebagai Teman Lelaki Bekas Isteri Fattah Amin

 

Dalam pada itu, beliau turut mendedahkan bahawa terdapat orang ketiga yang berusaha merosakkan rumah tangga Fazura dan Fattah.

Isu ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat, menunjukkan betapa kehidupan artis sering menjadi tumpuan dan subjek spekulasi.



Bodyguard Fazura Kesal Dituduh Sebagai Teman Lelaki Bekas Isteri Fattah Amin

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pembebasan Najib Akan Menjadi Magnet Sokongan Melayu Kepada Kerajaan Perpaduan



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker