Selepas Di Dakwa Mengedar Dadah, Sekali Lagi Yusoff Rawther Di Dakwa

Selepas Di Dakwa Mengedar Dadah, Sekali Lagi Yusoff Rawther Di Dakwa

Selepas Di Dakwa Mengedar Dadah, Sekali Lagi Yusoff Rawther Di Dakwa

 

12 September lalu, Muhammed Yusoff didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengedar dadah.

Beliau didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram di kawasan tempat letak kereta di hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 10.15 pagi, 6 September lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sabit kesalahan, boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama.

Hukuman penjara seumur hidup dan juga disebat tidak kurang 12 sebatan boleh dikenakan terhadap beliau.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada beliau.

Memandangkan kes itu adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, sebutan semula kes akan dilakukan di Mahkamah Tinggi Putrajaya.

Kini, sekali lagi Yusoff Rawther di bawa ke mahkamah.

Kali dengan pertuduhan memiliki senjata api tiruan, awal bulan lalu.

Mengikut pertuduhan, beliau didakwa memiliki dua pucuk pistol tiruan di tepi jalan sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara 1, di sini, pada 9.25 pagi, 6 September lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960.

Ia memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi setahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagaimana pun, Yusoff Rawther membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan yang dikemukakan di hadapan Majistret S Mageswary.

Susulan pengakuan tidak bersalah itu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin.

Peguam Nurmustanir Md Nor yang mewakili Muhammed Yusoff tidak menawarkan sebarang jaminan.

Ia kerana memandangkan anak guamnya sebelum ini didakwa mengedar dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, bulan lalu.

Pertuduhan mengikut seksyen itu tidak boleh dijamin.

Mendengar hujah kedua-dua pihak, Mageswary tidak membenarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh.

Beliau juga telah menetapkan 12 November ini bagi serahan dokumen.

Untuk rekod, Yusoff Rawther adalah bekas pembantu kepada Anwar Ibrahim sebelum beliau menjadi perdana menteri.

Beliau pernah mendakwa, Anwar pernah melakukan gangguan seksual ke atas beliau ketika beliau berada di rumah Anwar Ibrahim.

Selepas Di Dakwa Mengedar Dadah, Sekali Lagi Yusoff Rawther Di Dakwa

Di Syorkan Untuk Anda:

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker