Lebih Baik Daim Tumpukan Kes Beliau Dari Laporan Bloomberg
Lebih Baik Daim Tumpukan Kes Beliau Dari Laporan Bloomberg
Daim Zainuddin dilihat cuba menggunakan pelbagai cara untuk melambatkan perbicaraan kes beliau.
Sebelum ini, ada khabar yang mengatakan beliau cuba jadikan Institut Jantung Negara sebagai tempat perlindungan dengan alasan kesihatan.
Selepas keluar dari Institu Jantung Negara, Daim dilihat tidak memberikan kerjasama sepenuhnya bila pihak SPRM mengarahkan beliau untuk membuat pengisytiharan harta.
Ironiknya, di sebalik taktik play victim, dalam masa yang sama beliau cuba menyerang kerajaan dengan pelbagai tuduhan.
Kerajaan sekarang zalim, pemimpin sekarang mengamalkan pendakwaan terpilih untuk membalas dendam dan pelbagai lagi.
Apabila hadir di mahkamah, Daim cuba meraih simpati rakyat dengan berkerusi roda.
Tetapi seperti kata pepatah, mana mungkin bangkai gajah boleh disembunyikan di bawah sepelepah daun pisang.
Kini sekali lagi Daim cuba menggambarkan bahawa kerajaan sekarang adalah kerajaan yang zalim.
Laporan yang tidak dapat dipastikan kesasihannya, telah dijadikan senjata untuk menyerang kerajaan.
Bloomberg melaporkan, kononnya terdapat campurtangan pemimpin kerajaan dalam siasatan yang dilakukan oleh SPRM.
Perkara itu sudah pun dinafikan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Tidak berpuas hati dengan penafian dari Pejabat Perdana Menteri, isteri Daim, Naimah, dikatakan telah membuat laporan polis.
Dan terkini, peguam Daim, Rajesh Nagarajan dan Sachpreetraj Singh pula mempersoalkan kenapa polis masih lagi belum membuka kertas siasatan.
Secara sinis mereka bertanya, adakah kedudukan perdana menteri lebih tinggi dari undang-undang?
“Kenapa polis tidak memulakan siasatan terhadap salah guna kuasa PM?”
“Adakah PM lebih tinggi dari undang-undang?,” soal mereka.
Untuk pengetahuan Daim, siasatan yang melibatkan media antarabangsa mestilah dilakukan dengan teliti.
Tidak boleh dilakukan secara semborono.
Juga untuk pengetahuan Daim, sebenarnya pihak polis sudah pun memulakan siasatan terhadap dakwaan tersebut.
Malah pihak polis sudah memaklumkan akan memanggil Bloomberg untuk membantu siasatan.
Jadi, bersabarlah.
Rasanya lebih baik Daim tumpukan perhatian kepada kes beliau dari sibuk pasal laporan Bloomberg.
Lebih Baik Daim Tumpukan Kes Beliau Dari Laporan Bloomberg
Di Syorkan Untuk Anda:
- Anwar Dan 3 Menteri Mungkin Di Heret Ke Mahkamah
- Banjir Selangor: Pertelingkahan Pemimpin Tidak Akan Menyurutkan Air
- Zahid Hamidi: Berhenti Usik PH