[VIDEO] Peniaga ‘kantoi’ basuh kuali guna air longkang
Oleh – Syeikh Baran
Tindakan seorang peniaga roti canai membasuh kuali menggunakan air longkang terbongkar apabila perbuatannya itu berjaya dirakam oleh orang awam.
Menerusi satu hantaran di Facebook, rakaman video yang berdurasi 24 saat itu, memaparkan seorang individu memakai baju bewarna merah sedang membasuh kuali.
Lebih memualkan, individu itu dilihat membasuh peralatan memasak menggunakan air longkang berhampiran gerai jualannya, namun lokasi sebenar kejadian itu tidak dapat dipastikan.
Biarpun menyedari perbuatannya itu dirakam orang awam, peniaga tersebut hanya berlalu pergi tanpa menghiraukan perkara tersebut.
Sementara itu, menerusi ruangan komen ramai pengguna meluahkan rasa jelik terhadap peniaga berkenaan yang tidak mengamalkan kebersihan. dalam berniaga.
“Kenapa pengotor sangat,” ujar Noli Ahadi.
“Sebelum masuk mana-mana gerai tengok lah pertampilan dan keadaan gerai – penting dan asas,” kata Roslinda Md Yasin.
Sumber – KOSMO! ONLINE
You must be logged in to post a comment.