Wanita sarat hamil pengsan, lelaki maut kereta terjunam dalam sungai

Oleh – Syeikh Baran

Wanita sarat hamil pengsan, lelaki maut kereta terjunam dalam sungai

Seorang lelaki mati lemas selepas kereta yang dia pandu terbabas sebelum terjunam ke dalam Sungai Santap di Kampung Baru Telaga Mas, di sini hari ini.



Dalam kejadian kira-kira pukul 10.25 pagi itu, mangsa, Muhammad Noor Fadzli Mustapa, 25, ditemui sudah tidak bernyawa di dalam kereta jenis Proton Wira.

Seorang wanita dipercayai isteri mangsa yang sarat hamil pergi ke lokasi sebaik mengetahui kejadian tersebut.

Dia kemudian pengsan dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk rawatan.

Menurut penduduk, Muhammad Subhi Mohd. Shukor, 30, dia mendapat panggilan mengenai kejadian daripada orang kampung kira-kira pukul 10.27 pagi tadi dan terus bergegas ke lokasi kejadian.



“Kereta itu dikatakan terbabas ke kiri seterusnya ke kanan jalan sebelum terjunam ke dalam sungai. Isteri mangsa yang sarat hamil juga berada di lokasi kejadian.

“Mangsa berjaya dinaikkan, namun disahkan telah meninggal dunia. Isterinya pengsan dan dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Katanya, difahamkan kejadian itu disaksikan abang ipar mangsa yang memandu kereta lain di belakang mangsa.

Tambahnya, suasana menjadi sayu apabila isteri mangsa menangis dan memberitahu dia mahu melihat mayat suaminya itu.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker