Remaja Dimandikan Seperti Jenazah Lantik Peguam Mewakili Dirinya- PPMM
Remaja Dimandikan Seperti Jenazah Lantik Peguam Mewakili Dirinya- PPMM
Seorang remaja yang dijatuhi hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 kerana mencuri tabung masjid di Kuang, Rawang dan dimandikan seperti jenazah oleh jemaah masjid berkenaan pada 8 Jan lepas telah melantik peguam untuk mewakili dirinya.
Usaha melantik peguam dari firma Tetuan Hariz Syakinah & Co itu dilakukan dengan bantuan Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM).
PPPM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya dimaklumkan terdapat satu prosiding semakan jenayah yang telah ditetapkan di Mahkamah Tinggi Jenayah 1 di Shah Alam pada 17 Jan ini.
“PPMM juga merujuk kepada pelbagai versi fakta dan penceritaan berkaitan latar belakangnya dan kejadian berkenaan, yang dalam pandangan PPMM adalah tidak begitu sihat dari sudut keadilan dan kepentingannya, mahupun mana-mana pihak yang berkaitan untuk diteruskan di media sosial.
“Ini terutamanya dalam menghormati prosiding yang akan berlangsung di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada hari Isnin yang akan datang,” katanya.
Justeru, PPMM memohon semua pihak untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan sehinggalah prosiding tersebut selesai.
Terdahulu, tular satu rakaman video memaparkan tindakan jemaah sebuah masjid di Kuang memandikan seorang lelaki yang disyaki mencuri tabung masjid berkenaan.
Dalam rakaman video selama satu minit 25 saat itu, jemaah masjid berkenaan dilihat memandikan suspek seperti jenazah, termasuk melumurkannya dengan kapur barus.-AA
Remaja Dimandikan Seperti Jenazah Lantik Peguam Mewakili Dirinya- PPMM
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
- Datuk remaja curi tabung masjid yang suruh lapor kepada polis
- Baby Shark catat 10 bilion tontonan
- Unboxing isteri: Amy mengaku salah tapi…..
- Puteri Balqis didoakan mati cepat
- Khairuddin digugur daripada AJK PAS setelah 2 bulan dilantik
- Annuar tak hadir mesyuarat, tapi beri kenyataan wakili MKT – Shahrir
- Pensyarah dipenjara selepas tukar gred peperiksaan dengan seks
- Biodata Artis Jasmine Suraya Chin. Profail dan Latar Belakang
- Banjir 31 Disember, kenapa Syed Saddiq turun 7 Januari? – Onn
- Abu Syafiq Dakwa Muhyiddin Yassin Tidak Divaksin Ketika Tunaikan Umrah
- Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja
Layari Laman Facebook MYKMU</a