Peminat pilih Tuchel ganti Ten Hag

Peminat pilih Tuchel ganti Ten Hag

Peminat pilih Tuchel ganti Ten Hag
TUCHEL (kanan) pilihan utama peminat jika Ten Hag dipecat. FOTO AFP

London: Penyokong Manchester United dengan jelas menyatakan siapa yang mereka mahukan sebagai pengganti Erik ten Hag selaku pengurus selepas kekalahan terbaru kelab itu.

Man United mengalami kekalahan 0-3 di laman sendiri kepada Tottenham hujung minggu lalu.

Tekanan kembali meningkat ke atas Ten Hag, yang dilaporkan mempunyai dua perlawanan lagi untuk mengubah nasibnya sebelum kemungkinan dipecat dari Old Trafford.



Jika lembaga pengurusan memecat jurulatih dari Belanda itu, peminat Man United sudah mempunyai calon utama yang jelas untuk menggantikannya.

SPORTbible menjalankan undian di Instagram, bertanya kepada penyokong siapa yang patut dibawa masuk jika Ten Hag dipecat.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin harus undur segera demi selamatkan Perikatan Nasional




Keputusan menunjukkan Thomas Tuchel menjadi pilihan utama, mengatasi Ruud van Nistelrooy dan Gareth Southgate.

Tuchel, yang pernah menjari pengurus Chelsea di Liga Perdana Inggeris (EPL), telah dikaitkan dengan jawatan itu pada musim panas.

Nampaknya, peminat mahu pengendali dari Jerman itu membimbing Man United sekiranya Ten Hag dipecat.



Van Nistelrooy berada di belakang Tuchel dalam undian, dengan bekas penyerang Man United itu kembali ke kelab sebagai penolong pengurus.

Seperti Tuchel, nama Southgate juga disebut-sebut susulan ketidakpastian mengenai kedudukan Ten Hag pada penghujung musim lalu.

 

Peminat pilih Tuchel ganti Ten Hag

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menjelang PRU16 Perikatan Nasional mungkin sudah bubar.



Netizen Mahu Pinjam Wang?

Gelagat Mesra Fasha Sandha & Nora Danish, Curi Perhatian Netizen! [VIDEO]



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker