Teresa Kok beri keterangan isu sijil halal di Bukit Aman
Teresa Kok beri keterangan isu sijil halal di Bukit Aman
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok tiba di Bukit Aman untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya mengenai isu sijil halal yang didakwa membebankan peniaga.
Beliau yang diiringi peguam, Syahredzan Johan tiba di pekarangan Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada jam 9.42 pagi.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Teresa akan dipanggil ke Bukit Aman untuk diambil keterangan berhubung kenyataannya yang mendakwa sijil halal akan menambah beban peniaga dan memalukan negara.
Terdapat beberapa saksi lain yang akan dipanggil antaranya pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang akan ditentukan kemudian, katanya.
Razarudin berkata, polis membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Prosedur operasi standard (SOP) siasatan babit 3R (bangsa, agama dan institusi raja) akan dijalankan setelah laporan polis diterima, ujarnya.
Sebelum ini Teresa dilaporkan berkata, cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang tidak menyajikan daging babi serta alkohol mendapatkan pensijilan halal berpotensi menambah beban kepada perniagaan termasuk melibatkan ribuan pengusaha restoran Melayu.
Menurutnya, langkah tersebut bertentangan dengan semangat kepelbagaian budaya selain mungkin menjadikan Malaysia sebagai bahan ejekan di luar negara. MG
Teresa Kok beri keterangan isu sijil halal di Bukit Aman
Baca Artikel Menarik:
- ‘Abang Bas’ direman, siapa nak hantar anak saya ke sekolah?
- Ambulans rempuh lori parkir tepi jalan, pemandu dan jururawat cedera parah
- Linda Onn kecewa deejay baharu tiada etika
- Padah pakai cincin pada kemaluan
- ‘Pensyarah dari syurga’ terima penghargaan Kesuma, Lim dijadikan anak angkat
- Nak makan, makan, tak makan sudah – Anwar
- Teresa Kok buat ‘U-TURN’, sokong persijilan halal
- Osama Yamani kena rotan semasa tinggal di Pengasih bersama Jamal
- Syamsul, Sarah, Ira – Antara cinta, air mata dan pembalasan
- Kaki Eina Azman bikin muntah?
- Reedzwann reda dengan pemergian Nuraisyatul
- ‘Tentera bawang’ buat malu negara
- Bukan mudah untuk BN menang PRK DUN Mahkota
- Kontrak kontraktor Dewan Selera MRSM Taiping ditamatkan dan bakal disaman – Asyraf Wajdi
- Saya bukan Puan Mira kantin, jangan serang saya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Betty Banafe dakwa siasatan polis tak ikut SOP disangkal PDRM (Video)
Scha Al Yahya ‘menyala’ di Dubai Fashion Week
You must be logged in to post a comment.