Keputusan kemasukan ke universiti awam lepasan STPM, setaraf diumum esok
Keputusan kemasukan ke universiti awam lepasan STPM, setaraf diumum esok
Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke universiti awam peringkat Sarjana Muda Sesi Akademik 2024/2025 bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan yang setaraf (STAM, Matrikulasi, Asasi dan Diploma) akan diumumkan esok.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan, keputusan itu boleh disemak bermula pukul 12 tengah hari esok, sehingga pukul 5 petang pada 15 September depan.
Katanya, keputusan itu boleh disemak melalui secara atas talian di pautan https://jpt.utm.my; https://jpt.uum.edu.my; https://jpt.unimas.my; https://jpt.ums.edu.my dan https://jpt.umt.edu.my serta melalui Aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar.
Jelasnya, pengesahan setuju terima tawaran boleh dibuat bermula 7 September hingga 15 September depan di laman web universiti masing-masing,
Sementara itu, tambahnya, surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh universiti kepada pemohon berjaya bermula 7 September ini setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.
“Hanya pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai pukul 12 tengah hari, 6 September hingga pukul 5 petang, 15 September.
“Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2024/2025 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan universiti awam tidak dibenarkan.
“Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian,” demikian menurut kenyataan itu hari ini. MG
Keputusan kemasukan ke universiti awam lepasan STPM, setaraf diumum esok
Baca Artikel Menarik:
- Anwar patutnya berdepan dengan saya – Noraniza Idris
- Pembekal ada sijil halal tapi Johnny’s, Black Canyon belum ada
- Kasihan Ben Nathan
- Saya nak bankrapkan penjenayah rasuah – Azam
- Pemain Manchester United merajuk, belum ‘move on’
- Suami isteri mahu cerai, polis juga yang dicari
- Penjelasan dakwaan mengaitkan Sayidatina Khadijah RA berkemungkinan berasal dari alam Melayu
- Hamidin, langkah-langkah yang janggal
- Saya tiada DUN Melaka sendu – Norhizam
- Kalau mahu jadikan bukti, saya rakam Ebit sedang….. – Pengadu
- SPRM tahan 3 doktor kanan
- Khabib ke Malaysia hujung bulan ini
- Sungai melimpah, 24 buaya sesat di kawasan perumahan
- Kes Da’i Syed ‘wake up call’ buat pendakwah
- Kalau bentang kepada media, buat apa bagi pembangkang – Fadillah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’
Putera Raja Thailand jadi tukang kebun di Indonesia