Kamera AES di Menora bantu kurangkan risiko kemalangan

TAIPING – Tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meletakkan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di kawasan-kawasan yang kerap berlaku kemalangan berhampiran Terowong Menora, Kuala Kangsar adalah sebagai langkah komprehensif dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, penguatkuasaan itu juga bagi memastikan pengguna mematuhi kadar had laju pada lokasi kerap berlaku kemalangan.

“Sebelum pelaksanaannya (kamera AES) di kedua-dua arah selepas Terowong Menora, kajian telah dilakukan oleh pihak dan agensi berkaitan termasuk Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan telah diputuskan had laju paling sesuai ialah 80 kilometer sejam (km/j) di lokasi panas terbabit.



“Had laju itu adalah had selamat bagi mengurangkan risiko kemalangan berpunca daripada ketidakpatuhan kepada peraturan jalan raya khususnya melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutupan Program Pidato Selamat Anak Malaysia Sempena Bulan Kemerdekaan Peringkat Negeri Perak 2024 anjuran Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Negeri Perak di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Doktor Burhanuddin dekat sini hari ini.

Mohammad Nizar yang juga Pengerusi MKJR Perak menyatakan pihaknya menolak persepsi sesetengah pihak bahawa penguatkuasaan kamera AES berhampiran Terowong Menora itu hanya untuk menambah pendapatan kerajaan.

“Kita mahu kurangkan had laju kenderaan berat khususnya kerana tidak mahu akibat tidak dihadkan kelajuan maka berlaku kemalangan, jadi apabila had laju kenderaan kawasan itu dikurangkan, maka risiko itu dapat dielakkan,” katanya.



Sementera itu, Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan menjelaskan kajian yang mendalam telah pun dilakukan pada kawasan diwartakan untuk pemasangan kamera AES sebelum ia dilaksanakan.

“Bukan saja-saja kami nak letakkan (kamera AES) kerana ia perlu melalui proses-proses tertentu sebelum kita mewartakan had laju kenderaan dipersetujui hasil kajian yang telah dibentangkan.

“Kita tidak boleh turunkan atau naikkan had laju sewenang-wenangnya dan kita harapkan pemasangan kamera itu dapat memastikan pengguna mematuhi peraturan had laju dan isyarat lalu lintas yang telah kita tetapkan,” katanya. – Bernama

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO bukan parti abah saya



Pesta ‘clubbing’ di hadapan masjid biadap dan dikecam

Fenomena ‘Barkoba’ datang sekali, Bell terkejut tembusi tiga kategori ABPBH 36



Filem lucah terpapar pada ruang iklan awam gemparkan penduduk [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker