Kepala air hanyutkan kereta dikawasan pakir kereta kabel Langkawi

Arus deras menghanyutkan beberapa kenderaan di kawasan letak kereta Cable Car Langkawi akibat kejadian kepala air di Air Terjun Telaga Tujuh hari ini.

Beberapa kenderaan mengalami kerosakan termasuk sebuah daripadanya dihanyutkan ke dalam sungai akibat kejadian kepala air di Air Terjun Telaga Tujuh, Langkawi hari ini.

Ketua Polis Langkawi, Shariman Ashari, berkata hujan lebat berterusan dan angin kuat menyebabkan berlakunya kepala air sehingga melimpah ke kawasan letak kereta Cable Car Langkawi.

“Kejadian kepala air itu menyebabkan beberapa kenderaan yang diparkir rosak dan sebuah daripadanya dihanyutkan dan ditemukan di Sungai Perangin.

Selain itu, beberapa kios, kedai baju, kafe dan tempat makan di kawasan berkenaan turut terjejas. Setakat ini, tiada laporan polis diterima berhubung kejadian itu,



 katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut membuat kawalan di laluan masuk kawasan berkenaan bagi mengelakkan orang ramai memasuki kawasan itu.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi Kapten (PA), Khairul Afzan Md Yasin, berkata hujan lebat berterusan dari semalam turut mengakibatkan limpahan air ke kawasan parkir B Oriental Village Panorama Langkawi Sdn Bhd pada 12.50 tengah hari.

Hujan berhenti pada 2 petang dan air surut sepenuhnya pada 2.40 petang. Beberapa kenderaan, kedai dan kios di kawasan berhampiran mengalami kerosakan namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,



 katanya.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita ‘gajah Azal berdiri’ waktu pagi, Zarina Zainuddin dikecam netizen

Mula suka, akhir merana



Bekas pembantu korup petik nama Najib

Kes bunuh menjadi-jadi, ini kata Shuhaily



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker