Pengkhianat ‘setting counter’ KLIA

Pengkhianat ‘setting counter’ KLIA

Entah kali ke berapa pintu masuk utama negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibolosi pendatang asing!

Terbaru lima pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) diberkas sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menjadi ‘tali barut’ membawa masuk warga asing di negara ini.



Dalam operasi bermula pagi kelmarin, SPRM menahan semua suspek dalam serbuan dilakukan di KLIA, pejabat JIM dan kediaman masing-masing.

Kejayaan itu, sekali gus menjawab persoalan berhubung punca ‘limpahan’ kemasukan terlalu ramai warga asing Myanmar, Bangladesh, Indonesia, India, Pakistan serta Nepal ke Malaysia sejak kebelakangan ini.

Risikan mendapati warga asing ini mampu melepasi pintu masuk negara tanpa pemeriksaan pihak berkuasa. Ia dilakukan menerusi modus operandi counter setting atau kaunter khas yang diatur sindiket dengan kerjaama suspek di KLIA.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, 12 individu membabitkan sembilan lelaki dan tiga wanita berusia 20 hingga 50-an ditahan menerusi operasi Op Pump dijalankan SPRM di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kelantan.



Katanya, mereka yang ditahan membabitkan empat pemilik syarikat dan tiga orang awam dipercayai mempunyai peranan masing-masing mengurus kemasukan warga asing berkenaan serta lima penguat kuasa yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, Sepang.

“Tangkapan dilakukan ini susulan risikan dijalankan SPRM sejak 2022 terhadap kegiatan sindiket ini yang bersekongkol dengan pegawai sebuah agensi penguat kuasa.

“Sindiket ini dipercayai meraih keuntungan jutaan ringgit dan siasatan dijalankan mengesan ada kemasukan wang lebih RM4 juta dari 2022 hingga 2024 dipercayai bagi urusan kemasukan warga asing yang turut diagih kepada penguat kuasa terbabit,” katanya.

Beliau berkata, modus operandi kegiatan sindiket ini dengan membuat counter setting (kaunter khas) iaitu bersekongkol dengan penguat kuasa di pintu masuk negara yang sedia menunggu di beberapa kaunter tertentu bagi memudahkan kemasukan kumpulan warga asing berkenaan.



Katanya, kumpulan warga asing ingin masuk ke negara ini akan menghubungi ejen mengurus tiket penerbangan termasuk urusan dengan penguat kuasa terlibat.

“Ejen memberi maklumat kumpulan warga asing terbabit kepada penguat kuasa yang sudah menunggu di kaunter tertentu dan pada masa sama memaklumkan kepada warga asing untuk pergi ke kaunter terbabit sebaik tiba di negara ini bagi membolehkan mereka dilepaskan tanpa pemeriksaan sepatutnya.

“Sebaik melepasi kaunter khas, kumpulan warga asing terbabit diambil wakil ejen yang berperanan membawa mereka keluar ke destinasi tertentu,” katanya.

Kumpulan warga asing ini sepatutnya melalui pemeriksaan berdasarkan Pekeliling Imigresen Bilangan 4 Tahun 2021 iaitu mereka perlu kemukakan pasport atau dokumen yang sah, mempunyai visa, mempunyai tiket perjalanan pergi balik yang sah, ada wang sara diri mencukupi sepanjang berada di negara, perlu tunjukkan alamat penginapan atau bukti tempahan hotel.



Tambahnya menerusi kaunter khas ini, mereka dilepaskan tanpa melalui pemeriksaan sepatutnya.

Beliau berkata, semua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi proses permohonan reman semalam. HM

Pengkhianat ‘setting counter’ KLIA

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa hero sebenarnya?

‘Pulangkan balik ikan haruan itu’



Punca Syamsul failkan perceraian terhadap Ira Kazar

Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker