Nur Sabrina warisi kekuatan Sazali Samad

#SUKMA2024

Nur Sabrina warisi kekuatan Sazali Samad

BETONG, Sarawak: Ke mana tumpah kuah jika tidak ke nasi. Peribahasa itu menggambarkan anak perempuan bekas jaguh bina badan negara Sazali Samad, yang mengikuti jejak bapanya bergiat dalam sukan beradu tenaga.

Nur Sabrina Hani Sazali yang mewakili Selangor berkata, minatnya terhadap sukan angkat berat berputik sejak menonton Sukan Olimpik Tokyo 2020 selain terpengaruh dengan abangnya yang turut menceburi sukan itu.

“Mula-mula saya tengok Olimpik Tokyo dan saya rasa sukan ini agak menarik. Selepas itu saya mula tanyakan dekat abang saya berkenaan sukan angkat berat sebab dia juga sebelum ini merupakan atlet angkat berat.

“Selepas ikut abang ke tempat latihan, tiba-tiba saya makin minat dan terjebak juga dalam sukan angkat berat sampai sekarang,” kata atlet berusia 18 tahun itu.

Nur Sabrina berkata, bapanya banyak memberikan sokongan sepanjang pembabitannya dalam sukan angkat berat dan tekad menebus kekecewaannya pada Sukan Malaysia (SUKMA) akan datang selepas gagal memenangi pingat di Bumi Kenyalang.

Dia mengakhiri saingan kategori wanita tidak lebih 55 kilogram di tempat keempat.

Pingat emas dimenangi wakil Terengganu, Alia Adani Johari yang melakukan jumlah angkatan 152kg, perak milik wakil Perlis, Nurqalida Umirah Abdullah (139kg) dan Sherleyne Jounis dari Sabah gangsa (134kg).

Sementara itu, Sazali berkata beliau berbangga dengan pencapaian diraih anaknya itu meskipun baru dua tahun berkecimpung dalam sukan angkat berat.

Beliau berharap Nur Sabrina tidak berputus asa walau pulang tangan kosong dan meneruskan latihannya untuk kejohanan yang akan disertai selepas ini.

“Bagi saya pencapaian tempat keempat itu sebenarnya sudah baik kerana lawannya juga bukan calang-calang kali ini.

“Harap dia dapat berusaha dengan lebih baik selepas ini dan saya sekeluarga akan sentiasa bagi sokongan penuh,” katanya. BH

Nur Sabrina warisi kekuatan Sazali Samad

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa hero sebenarnya?

‘Pulangkan balik ikan haruan itu’

Punca Syamsul failkan perceraian terhadap Ira Kazar

Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker