Puteri UMNO tubuh PNG tarik pengundi 18 tahun
#PAU2024
Puteri UMNO tubuh PNG tarik pengundi 18 tahun
Pergerakan Puteri UMNO hari ini melancarkan Project Next GenZ (PNG) iaitu inisiatif untuk menarik sokongan golongan muda khususnya pengundi 18 tahun terhadap parti itu.
Ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd. Fauzi berkata, PNG yang digerakkan menerusi Biro Mahasiswa Puteri UMNO akan menyasarkan golongan remaja berusia antara 15 hingga 25 tahun.
Jelas beliau, inisiatif itu merupakan usaha untuk menggalakkan penglibatan belia dalam politik, melatih mereka sebagai pemimpin dan sebagai langkah perkaderan pelapis generasi Puteri UMNO akan datang.
“Hari ini menandakan permulaan babak baharu dalam penglibatan dan kepimpinan anak muda di Malaysia, dan kita teruja untuk melihat impak positif yang akan dibawa oleh PNG kepada pemimpin masa depan kita,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pergerakan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini.
Pelancaran PNG itu disempurnakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Ditubuhkan pada Julai lalu, PNG berhasrat untuk melahirkan pemimpin muda dengan melibatkan mereka dalam aktiviti yang mempromosikan perpaduan, kesukanan, kepimpinan dan pendidikan.
Inisiatif itu akan dikemudi oleh Exco Biro Mahasiswa Dalam Negara, Nurfazreen Elyana Muhamad Zailan dan Exco Biro Mahasiswa Luar Negara, Nur Arina Kamarulzaman.
PNG akan menjalankan pelbagai aktiviti di seluruh Malaysia, dari sekolah hingga ke universiti, dengan mewujudkan peluang untuk golongan muda mengembangkan kemahiran kepimpinan dan memberi sumbangan kepada komuniti. MG
Puteri UMNO tubuh PNG tarik pengundi 18 tahun
Baca Artikel Menarik:
- RTM tak bayar gaji 3 bulan 700 pekerja sambilan?
- Hanipa tak setuju tindakan diambil terhadap Muhyiddin
- Muhyiddin aset atau liabiliti untuk PN?
- Muhyiddin bertambah pening
- Kenapa Hamzah dan Tuan Ibrahim bercanggah?
- Lipas ‘berkampung’ dalam rak makanan, peniaga medan selera New World Park lari ketika penguatkuasaan
- Khalid Samad utus surat kepada Anwar, ketidakadilan ini perlu segera ditamatkan!
- Jangan ingat kami gembira Syamsul bercerai – Yusof Haslam
- Lelaki Afrika terbabit kes samun ditembak mati (Video)
- Bekas ketua risik ESSCom saman bekas KPN, tuntut ganti rugi RM100 juta
- Tekanan hidup, dadah punca lelaki bunuh isteri dan dua anak
- Arteta upah penyeluk saku
- Polis patut siasat Pemuda Bersatu kerana membuat laporan palsu – Rayer
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Ke-2 Terbaik Dunia
- Syamsul ceraikan Ira, Alhamdulillah – Patimah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET