Nelayan Vietnam kurang ajar, libas penguat kuasa negara lepas ceroboh

Nelayan Vietnam kurang ajar, libas penguat kuasa negara lepas ceroboh

Pegawai dan anggota maritim cedera, manakala seorang lagi jatuh laut selepas nelayan Vietnam melibas objek tajam, ketika menceroboh perairan negara, pada jarak 125 batu nautika dari Kuala Terengganu, semalam.

Pengarah Maritim Terengganu Khairul Anuar Abd Majid, berkata bukan setakat itu, sebuah kapal penguat kuasa Vietnam juga cuba mengganggu tugas maritim.

Katanya, kejadian menyebabkan mangsa cedera di bahagian rusuk kiri, tangan serta kaki.

“Ketika pasukan kami memeriksa dan menggeledah bot berkenaan, semua nelayan asing tiba-tiba bertindak agresif dengan menyerang pegawai dan anggota maritim.

“Akibat serangan itu, dua cedera ketika mempertahankan diri, manakala seorang lagi anggota terjatuh ke dalam laut semasa pergelutan sebelum diselamatkan kru KM Rawa.

KM Rawa kemudian bertindak mengusir bot nelayan dan kapal penguat kuasa Vietnam keluar dari perairan negara bagi mengawal situasi getir itu, katanya.

Beliau berkata, kapal peronda KM Rawa kemudian berpatah balik ke Jeti Maritim Malaysia Terengganu sebelum pegawai dan anggota tercedera dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Mereka yang terlibat kini berada dalam keadaan stabil namun masih dipantau pihak hospital, katanya. FMT

Nelayan Vietnam kurang ajar, libas penguat kuasa negara lepas ceroboh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa hero sebenarnya?

‘Pulangkan balik ikan haruan itu’

Punca Syamsul failkan perceraian terhadap Ira Kazar

Muhyiddin bakal bawa kekalahan kepada PN pada PRU16

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker