Perahu karam dekat Kuching, dua pelajar hilang

Perahu karam dekat Kuching, dua pelajar hilang

KUCHING: Dua pelajar perempuan hilang selepas perahu tambang yang mereka naiki karam ketika menyeberangi Sungai Kayan, di Kampung Selampit, Lundu, hari ini.

Ketika kejadian pada pada jam 6.10 pagi itu, difahamkan 15 pelajar menaiki perahu berkenaan.



Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.33 pagi.

Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu diarah ke tempat sejurus menerima panggilan itu.

Menurutnya, dalam laporan awal yang diterima pihaknya, tiga pelajar dilaporkan hilang tetapi seorang berjaya ditemui dengan selamat.

“Pencarian awal sudah dilancarkan oleh penduduk dan berjaya menemui seorang mangsa iaitu Abraham Nyoeng, 16 dalam keadaan selamat.



“Anggota bomba kini meneruskan pencarian bersama dengan penduduk kampung untuk mengesan dua lagi pelajar perempuan iaitu Alsma Jithil, 14 dan Helena Fasha Petrus, 17,” katanya. BH

Perahu karam dekat Kuching, dua pelajar hilang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara penting yang anda perlu tahu

Peniaga tempatan bengang Penguatkuasa MPAJ tutup mata dengan peniaga ‘import’ tanpa lesen (Video)



‘Owner’ Raja Lawak sahkan cerita Mamat Sepah (Video)

Penunggang motosikal terlampau, lempar ‘hammer’ tengah jalan (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker