BN tawar ‘Khidmat Awie’

Manifesto PAS tahun 1990 pun tak selesai lagi.

BN tawar ‘Khidmat Awie’

BN menawarkan khidmat calonnya Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai manifesto kepada pengundi bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN Nenggiri kali ini.

Ini selepas calon Perikatan Nasional Mohd Rizwadi Ismail melancarkan manifesto yang menggunakan akronim ‘Khidmat’.



Pengarah Operasi Pilihan Raya BN bagi PRK DUN Nenggiri, Ahmad Jazlan Yaakub berkata BN akan memastikan Awie berkhidmat kepada rakyat jika diangkat sebagai wakil rakyat 17 Ogos ini.

“Manifesto calon BN satu sahaja Awie akan berkhidmat kepada rakyat, apa sahaja kepentingan rakyat di sini wakil rakyat akan cuba terbaik sekirannya diberi mandat akan cuba tangani.

“Kita hanya satu manifesto, wakil rakyat kita sekiranya diberi mandat oleh rakyat akan berkhidmat kepada rakyat Nenggiri, akan menyelami masalah rakyat Nenggiri.

“Yang penting kita berkhidmat kepada rakyat, apa guna kita lancar manifesto, sedangkan manifesto (PAS) tahun 1990 tak selesai sampai hari ini,” katanya dalam satu sedia pertemuan dengan media di Gua Musang.



PN melancarkan manifesto PRK DUN Nenggiri malam kelmarin sebagai tawaran kepada rakyat jika calonnya Mohd Rizwadi Ismail dipilih sebagai Adun Nenggiri.

‘Khidmat’ yang ditawarkan PN adalah akronim kepada K “khidmat masyarakat’; H “hak rakyat; I “ integriti dan amanah”; D “daya ekonomi dan infrastruktur”; M” masyarakat berilmu, bernilai murni dan sejahtera”; A “anak muda berpendidikan dan berkemahiran” dan T “ tranformasi digital luar bandar”.

Manifesto yang ditawarkan PN itu mempunyai tujuh tawaran khusus meliputi 37 bahagian serta 12 tawaran untuk seluruh warga Nenggiri.

Dalam pada itu Ahmad Jazlan berkata tiada gunanya manifesto jika tidak mampu ditunaikan seperti mana janji kerajaan PAS Kelantan.



“(Kerajaan Kelantan) Ni nak buat bandar perabotlah, Kuala Krai pelabuhan daratlah, orang buat pelabuhan di laut, dia buat pelabuhan darat. Janji nak buat itu dan ini satu tak buat.

“Hari ini datang Nenggiri (tabur) janji, sebelum ini satu pun tak buat,” katanya lagi.

Tambah Ahmad Jazlan, meskipun Umno kalah di negeri itu, ia tetap berusaha membangunkan Kelantan selepas 34 tahun bergelar pembangkang.

Katanya, sudah cukup kerajaan Kelantan pimpinan PAS menipu rakyat Nenggiri dengan pelbagai tawaran yang akhirnya hanya tinggal janji. Mk



BN tawar ‘Khidmat Awie’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca Cikgu Istiqomah dibunuh



Takiyuddin kantoi (Video)

Dari aku join podcast mereka, baik aku join potluck – Rahim



KLFW jadi tempat orang popular tayang paha, perut

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker