Henti cakap tentang saya, kini masa sokong generasi pelapis – Azizulhasni

Henti cakap tentang saya, kini masa
sokong generasi pelapis – Azizulhasni

Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang berharap rakyat Malaysia ‘tidak lagi bercakap tentangnya’, sebaliknya memberi sokongan kepada generasi pelapis sukan berbasikal.

Beliau mahu barisan pelapis seperti Muhammad Shah Firdaus Sahrom meneruskan legasinya, memandangkan kemaraannya sehingga peringkat akhir acara keirin lelaki, pada Olimpik Paris 2024.



“Bagi saya, saya sangat berharap Shah (Firdaus Sahrom) akan meneruskan legasi saya selepas ini. Shah, abangnya, dan beberapa lagi yang lain.

Ini bukan tentang saya lagi. Saya harap peminat sukan dan rakyat Malaysia akan berhenti bercakap tentang saya. Ini bukan tentang saya, ini tentang menyokong (Shah Firdaus) dan generasi akan datang, katanya kepada Astro Arena.

Azizulhasni, yang digelar ‘The Pocket Rocketman’, berkata beliau bersedia membimbing generasi baharu jika diperlukan.

Jika mereka memerlukan bantuan saya, saya pasti akan datang membantu setakat yang saya mampu, katanya.



Azizulhasni memenangi kejuaraan dunia 2017 dan dua pingat Olimpik iaitu gangsa di Rio 2016 dan perak di Tokyo 2020.

Beliau menjadi sandaran terakhir membawa pulang pingat emas Olimpik negara pertama, namun penyertaan pada saringan pertama keirin dibatalkan kerana kesalahan melintas derny (motosikal berkuasa elektrik bertindak sebagai pacer) sebelum derny meninggalkan trek.

Shah yang layak sehingga pentas akhir keirin menggalas beban meraih emas, bagaimanapun beliau disingkirkan pada pusingan akhir selepas terjatuh akibat pelanggaran dengan pelumba Jepun, Shinji Nakano.

Pingat emas keirin dimenangi Harrie Lavreysen dari Belanda, dengan peserta Australia Matthew Richardson dan Matthew Glaetzer meraih perak dan gangsa.



Kempen negara pada Olimpik edisi ini sekadar membawa pulang dua gangsa dalam badminton, menerusi Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki) dan Lee Zii Jia (perseorangan). FMT

Henti cakap tentang saya, kini masa sokong generasi pelapis – Azizulhasni

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Doktor masak, pramugari hidang

Mamat enggan cari gaduh dengan Jep



Oh My English satu sumpahan – Zain

Ryzal DurianKimchi dikecam buat lawak ‘double meaning’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker