Datuk, nenek dan cucu maut dalam kebakaran rumah di Pagoh

Datuk, nenek dan cucu maut dalam kebakaran rumah di Pagoh

Tiga sekeluarga maut, manakala seorang cedera dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, di sini, awal pagi tadi.

Mereka yang meninggal dunia dalam tragedi jam 1.30 pagi itu adalah Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82; isterinya, Ara Abdul Hamid, 76; serta cucu mereka, Noradriana Nor Hisyam, 11.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, seorang lagi cucu mereka, Norazima Mohd Radhi, 14, cedera, dan menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini.

Beliau berkata, Mohamed Nor dan Ara ditemukan maut di tempat kejadian, manakala Noradriana meninggal dunia ketika menerima rawatan di HPSF.

“Menurut saksi, kebakaran 1.30 pagi itu membabitkan rumah separuh kayu dan batu dengan mangsa terbabit adalah empat orang.

“Sebaik menerima laporan itu, polis menggerakkan anggota ke lokasi, yang turut disertai bomba dan juga kakitangan Klinik Kesihatan Pagoh,” katanya ketika dihubungi.

Raiz Mukhliz berkata, punca kejadian belum dikenal pasti dan kebakaran itu memusnahkan 85 rumah didiami keluarga terbabit.

“Api berjaya dipadamkan pada 4.15 pagi dan mayat mangsa dibawa ke HPSF untuk bedah siasat,” kataya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pagoh, Mohd Fadli Ismail ketika dihubungi berkata, salah seorang mangsa berjaya diselamatkan orang awam.

Katanya, mereka cuba menarik keluar tiga lagi mangsa, namun gagal, disebabkan api sudah marak.

“Ketika diselamatkan, Noradriana masih bernyawa dan terus dibawa ke HPSF namun meninggal dunia ketika menerima rawatan.” katanya. HM

Datuk, nenek dan cucu maut dalam kebakaran rumah di Pagoh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal

Jep tak puas hati, ini respons Mamat

Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]

Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker