Beasley janjikan kejutan pingat buat negara

PARIS: “Saya percaya kami boleh berikan anda hadiah,” kata jurulatih berbasikal trek negara John Beasley menjelang acara keirin lelaki Olimpik Paris 2024 yang dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia di Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines, hujung minggu ini.

Pemenang pingat perak Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom akan menjadi tumpuan seluruh negara yang menantikan kilauan pingat emas Olimpik pertama, pada dua hari terakhir temasya berprestij itu.

Kedua-duanya menamatkan kempen acara pecut pada Rabu, selepas tersingkir pada pusingan 1/8 (Azizul) dan 1/32 (Shah Firdaus) sebelum berehat bagi menghadapi acara kegemaran mereka itu.



Dalam acara pecut, Azizul yang meraih julukan The Pocket Rocketman memperbaharui rekod kebangsaan miliknya dengan mencatat 9.402 saat untuk menamatkan pusingan kelayakan pada kedudukan ke-10, sekali gus mengatasi rekod sebelum itu 9.523s yang dilakukan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia di Nilai, tahun lalu.

Shah Firdaus Sahrom dan Datuk Azizulhasni Awang membawa cabaran negara dalam acara keirin lelaki Sukan Olimpik Paris 2024 hujung minggu ini. – Foto REUTERS
Shah Firdaus Sahrom dan Datuk Azizulhasni Awang membawa cabaran negara dalam acara keirin lelaki Sukan Olimpik Paris 2024 hujung minggu ini. – Foto REUTERS

Beasley berkata, anak buahnya kini ‘mendapatkan kelajuan’ yang diperlukan untuk meneruskan momentum esok dan Ahad ini.

“Jadi sekarang hanya sesi latihan ringan dan berehat dan harapnya pada Ahad kami boleh bawakan momentum yang baik. Saya mempunyai penunggang keirin terbaik dunia, bila-bila masa (boleh menang) tiga terbaik.

“Paling utama kami dapat kelajuan yang diperlukan untuk menang. Jadi, sesiapapun dalam saringan kami, siapa di gelanggang, kami mempunyai kelajuan untuk melakukannya. Kami datang ke sini untuk memenangi acara kegemaran kami (keirin), kami menuju sasaran, saya lega,” katanya.



Pusingan pertama dan repechages dijadualkan esok manakala suku akhir, separuh akhir dan final akan diadakan pada Ahad, hari terakhir Sukan Olimpik Paris.

 

Pelumba wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri (dua dari kanan) akan bersaing dalam acara pecut Sukan Olimpik Paris 2024 hari ini. – Foto REUTERS
Pelumba wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri (dua dari kanan) akan bersaing dalam acara pecut Sukan Olimpik Paris 2024 hari ini. – Foto REUTERS

 

Dalam pada itu, Beasley memuji pelumba berusia 20 tahun Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, yang terlepas suku akhir wanita semalam sesudah mempamerkan aksi cemerlang dan dia akan bertanding dalam acara pecut hari ini.



“Dia akan menjadi lebih bagus dalam tempoh empat tahun, dia melangkaui jangkaan saya, kami banyak berbincang mengenai taktik dengan menonton video dan dia seorang yang cerdik, cepat tangkap.

“Dia melaksanakan strategi dengan baik, kami tahu kami tidak sekuat seorang lagi peserta, jadi kami perlu lebihkan taktik… dia agak kurang bernasib baik tetapi saya amat berpuas hati dengan persembahannya,” katanya mengulas persembahan pelumba yang pertama kali beraksi di pentas Olimpik itu.

Setakat ini, Malaysia merangkul dua pingat gangsa menerusi pemain badminton Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki) dan Lee Zii Jia (perseorangan lelaki). – BERNAMA

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal



Jep tak puas hati, ini respons Mamat

Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]



Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker