Mahkamah perintahkan Kerajaan Malaysia serah kembali 107 hektar tanah di Jalan Duta

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan kerajaan untuk menyerahkan tanah seluas hampir 107 hektar di Jalan Tuanku Abdul Halim (dahulunya dikenali sebagai Jalan Duta) kepada pemilik asal lokasi itu, Semantan Estate (1952) Sdn Bhd.

The Edge melaporkan Hakim Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan permohonan Semantan Estate, untuk melaksanakan perintah yang diperoleh syarikat itu sejak 2009.

Ia adalah antara pertikaian tanah sivil paling lama sejak Merdeka selepas mahkamah menolak permohonan kerajaan untuk penangguhan sementara menunggu cadangan penyelesaian oleh kerajaan mengenai isu itu.



Tanah yang dikenali sebagai `Duta Enclave’ itu menempatkan sebahagian Masjid Wilayah Persekutuan, Kompleks Kerajaan Jalan Duta yang turut menempatkan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Stadium Hoki Jalan Duta dan Institut Integriti Malaysia.

Hakim Ahmad Shahrir juga mengarahkan kerajaan membayar kos sebanyak RM50,000.

Sebelum itu, mahkamah juga menolak permohonan kerajaan yang diwakili Peguam-Peguam Kanan Persekutuan, Mohammad Al-Saifi Hashim dan Shamsul Bolhassan untuk menggantung prosiding itu selama tiga bulan bagi membolehkan perbincangan mengenai ganti rugi tanah tersebut dimuktamadkan.

Keputusan pada hari ini juga memutuskan pemindahan tanah itu perlu dibuat dalam tempoh tiga bulan, tanpa sebarang halangan dan liabiliti dan Semantan Estate didaftarkan sebagai tuan punya tanah terbabit.



Ini tidak termasuk permohonan pelikuidasi untuk ganti rugi keuntungan perantaraan (mesne profit) yang dituntut oleh plaintif yang masih belum selesai.

Hasil perantaraan adalah sewa atau keuntungan yang diperoleh oleh penceroboh sewaktu menduduki sesuatu premis atau tanah yang perlu dibayar kepada tuan punya sebagai ganti rugi atas tindakan yang telah dilakukan.

Semantan Estate diasaskan oleh Kumpulan Eng Lian dan Ng Chin Siu & Sons Rubber Estates–syarikat milik dua pemilik tanah terkemuka.

Eng Lian terkenal sebagai pemaju Bangsar, Kuala Lumpur pada tahun 70-an. Mereka juga membangunkan pusat beli belah Bangsar Village.



Ng Chin Siu & Sons pula tidak terlibat dalam projek pembangunan mutakhir ini. Mereka bagaimanapun terkenal dengan pembangunan Desa Hartamas dan Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jemput minah ini datang dengar ayat Al Quran – Dr Akmal

Jep tak puas hati, ini respons Mamat



Atlet Perancis gagal kerana ‘alat sulit’ tersangkut dipalang undang ketawa penonton [VIDEO]

Dari ‘pucuk muda’, beralih kepada ‘kelapa tua’



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker