Penjawat awam boleh kira kadar gaji baharu minggu depan

Penjawat awam boleh kira kadar gaji baharu minggu depan

Penjawat awam boleh menyemak dan mengetahui kadar baharu gaji pada minggu depan, susulan pelarasan gaji menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang diperkenal kerajaan.

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Mohd Shaiful Ibrahim, berkata perincian berkenaan mekanisme pelarasan gaji penjawat awam itu akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19, pada 16 Ogos ini.



“Pada MAPPA 16 Ogos ini, kita sediakan perkhidmatan kalau hendak kira berapa kenaikan akan berlaku pada gaji kita.

“Ada kalkulator (untuk kira) berapa gaji kita. Pada 1 Disember, akan berlaku kenaikan gaji dan hujung bulan (Disember) penjawat awam akan terima kadar gaji yang baharu,” katanya di sini hari ini.

Mohd Shaiful berkata, SSPA itu terpakai kepada perkhidmatan awam Persekutuan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengeluarkan pekeliling mengenainya.

“Bagi penjawat awam negeri serta Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan, jika mereka menerima SSPA ini, ia menerima pakai semua sama seperti penjawat awam Persekutuan,” katanya.



Ditanya mengenai kebaikan SSPA, Mohd Shaiful berkata, selain kenaikan gaji, sistem itu juga merangkumi pembangunan organisasi dan bakat pegawai serta manfaat kepada pesara.

“Mengikut Akta Pencen, jika berlaku kenaikan gaji kepada pegawai (sedang) dalam perkhidmatan, pesara-pesara juga akan terkesan. Jadi, bermaksud mereka juga akan menerima kenaikan mengikut formula-formula yang ditetapkan,” katanya.

Mengenai kajian semula skim pencen termasuk pengenalan kaedah caruman seperti dilaksanakan pihak swasta, Mohd Shaiful berkata, kerajaan memberi jaminan faedah yang akan dinikmati penjawat awam tidak akan kurang daripada ketika ini.

“Kerajaan tidak akan menanggung beban kewangan berterusan dan pegawai juga tidak menanggung kerugian. Faedah dinikmati pegawai akan sama, tidak kurang daripada orang yang dapat pencen … akan ada caruman pekerja dan majikan,” katanya.



Mohd Shaiful berkata, pada tahun lalu, kerajaan menanggung kira-kira RM32 bilion untuk pembayaran pencen penjawat awam dan jumlah berkenaan meningkat RM2 juta setiap tahun. BH

Penjawat awam boleh kira kadar gaji baharu minggu depan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fadhli Shaari dikecam netizen jadikan isu tiang kabel Jambatan Pulau Pinang

Honda CRV tayar tercabut, seret motosikal sejauh 500 meter



Kisah pensyarah Melayu, pelajar Cina dan bapa tak cukup duit hantar anak daftar politeknik

Orang panggil I penyondol- Nadira Isaac tampil bersihkan nama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker