‘Jangan suruh saya pakai bikini’
Pasangan pemain bola tampar wanita Mesir, memakai pakaian menutup aurat pada aksi Olimpik.
‘Jangan suruh saya pakai bikini’
PARIS: Pasangan pemain bola tampar wanita Mesir, memakai pakaian menutup aurat pada aksi Olimpik sebelum membidas larangan pemakaian hijab dikenakan Perancis terhadap atletnya sendiri.
Imej atlet Mesir, Marwa Abdelhady dan Doaa Elghobashy memakai pakaian berwarna hitam dan berhijab, menentang Liliana Fernandez Steiner dan Paula Soria Gutierrez dari Sepanyol yang memakai bikini menjadi viral kerana perbezaan ketara kedua-duanya.
Selepas kekalahan 2-0 Mesir di tangan Sepanyol, pasangan itu dilihat berpelukan dengan baju lengan panjang, seluar panjang dan tudung manakala lawan dari Sepanyol itu meraikan kejayaan mereka dengan bikini merah dan topi pelindung matahari.
Ia hadir selepas Perancis mengharamkan skuad Olimpik mereka memakai hijab, dengan Menteri Sukan, Amelie Oudea-Castera, berkata langkah itu dibuat untuk menghormati prinsip sekular.
Aksi PreMarwa Abdelhady dan Doaa Elghobashy ketika menentang gandingan Sepanyol. – Foto Reuters
“Saya mahu bermain memakai hijab, dia mahu memakai bikini – semuanya okay jika anda mahu berbogel atau memakai hijab. Hanya hormat perbezaan budaya dan agama,” kata Elghobashy kepada Expressen.
“Saya tidak memberitahu anda untuk memakai hijab dan anda tidak beritahu saya untuk memakai bikini. Tiada siapa boleh beritahu saya bagaimana untuk berpakaian.
“Ia negara bebas, semua orang sepatutnya dibenarkan melakukan apa yang mahu mereka lakukan.”
Amnesty International dan 10 lagi kumpulan menulis surat kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada Jun bagi menarik balik larangan berkenaan sambil memberi amaran ia boleh menyebabkan atlet beragama Islam ‘didiskriminasi’.
“Wanita dan kanak-kanak perempuan di Perancis memang sudah lama memakai hijab dan mereka dilarang bermain dalam beberapa sukan termasuk bola sepak, bola keranjang, judo, bola tampar dan badminton – walaupun pada peringkat remaja dan amatur,” kata surat berkenaan.
“Pengharaman hijab dalam sukan menyebabkan ramai atlet Muslim didiskriminasi, terdedah, dipinggirkan serta dimalukan, menyebabkan trauma dan pengasingan sosial, ada sebahagian sudah meninggalkan negara mereka atau mula memikirkan untuk mencari peluang di tempat lain.” BH
‘Jangan suruh saya pakai bikini’
Baca Artikel Menarik:
- ‘Mesej berhantu burukkan nama saya, ini dakyah dan konspirasi politik kotor’
- Bekas pegawai anak syarikat SPNB bergelar Datuk direman rasuah
- Food rider tolak jatuh ‘security’ sebab suruh hantar makanan ke kondo pelanggan
- Jual aiskrim campur ubat batuk cap ibu dan anak, KKM beri amaran
- Dua lelaki ditemui maut dalam lubang disyaki curi kabel
- Before you buy electric car in Malaysia, read this
- Pegang anjing, Jasmine Suraya minta jangan jadikan isu
- ST Rosyam Mall bakal dibuka tahun hadapan
- Kes rogol dengan ‘kerelaan’ meningkat di Perlis
- Izinkan aku sepak muka korang sorang2 – Hafiz Suip
- Tyzo minta masa, dah terbiasa hidup bujang
- ‘Haji ‘final call’ tak mahu dedah aurat’
- Remaja tipu hampir diculik naik van putih kerana takut dimarahi ibu
- Gerakan parti nyamuk, takkan keluar PN
- Peniaga kosmetik diceraikan ketika ‘live’ di TikTok
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
70,000 kondom tak cukup, Olimpik jadi gelanggang lampias nafsu
You must be logged in to post a comment.