Tiga jalan di Putrajaya ditutup Rabu ini demi Hari Pahlawan

PUTRAJAYA – Tiga jalan sekitar kawasan Putrajaya akan ditutup secara berperingkat sempena sambutan Hari Pahlawan dekat Laman Putra 4 Presint 1 di sini pada Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, antara laluan terlibat adalah Jalan Persiaran Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Jalan Lebuh Perdana Timur, Laluan sekitar Kompleks E.

“Penutupan jalan secara sementara bermula jam 7.30 pagi dan akan dibuka semula secara berperingkat setelah tetamu kehormat melalui dan selamat sampai ke majlis tersebut mengikut masa yang telah ditetapkan.



“Bagi laluan kenderaon di Bulatan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah akan diberhentikan seketika semasa lagu Negaraku berkumandang dan dibuka semula selesai acara tembakan meriam dilakukan,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Katanya, seramai 82 pegawai dan anggota akan ditempatkan di lokasi terlibat bagi mengawal lalu lintas sepanjang program tersebut berlangsung.

“Pengguna jalan raya terutama petugas yang akan melalui lokasi penutupan dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan hadir awal ke pejabat bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Balai Polis Trafik Putrajaya di talian 03-8886 2138 ataupun Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘TV3’ nikahi ‘RTM’ di dalam zoo



Suami ditembak, dicurah minyak tanah sebelum dibakar dalam pikap

Ini cara sindiket curi kereta di JB curi kenderaan dalam 30 saat



Model jelita mati ditikam, teman lelaki diberkas polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker