Manila lumpuh akibat banjir, 8 maut

Taufan Gaemi melanda Filipina.

Manila lumpuh akibat banjir, 8 maut

MANILA: Sekurang-kurangnya lapan terbunuh akibat Taufan Gaemi dan monsun barat daya yang menyebabkan banjir hingga melumpuhkan ibu negara Filipina serta banyak kawasan di Pulau Luzon pada Rabu.

Setakat petang tadi, empat mangsa dilaporkan maut akibat tanah runtuh di wilayah selatan Mindanao, tiga mati lemas dalam banjir atau sungai melimpahi tebing dan belum ada maklumat lanjut mengenai kematian kelapan.

Banjir turut memaksa penduduk berhampiran Teluk Manila dan kawasan sungai serta pesisir di wilayah tengah dan selatan untuk berpindah.

Bursa Saham Filipina ditutup dan kedua-dua Dewan Senat serta Dewan Rakyat Filipina membatalkan sesi mereka akibat taufan, yang turut memusnahkan kawasan setinggan berhampiran Teluk Manila.

Banjir mengakibatkan banyak jalan di wilayah ibu kota termasuk hab kewangan Makati tidak dapat dilalui, menyebabkan orang ramai meninggalkan rumah mereka awal untuk pergi bekerja.

Sekolah dan pejabat kerajaan ditutup, manakala sekurang-kurangnya 16 penerbangan dibatalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino.

Bencana itu turut mengakibatkan banyak jalan di wilayah ibu negara tidak boleh dilalui dan beberapa kenderaan terkandas ketika cuba melintasi jalan raya yang ditenggelami air.

Biro kaji cuaca Filipina, PAGASA, memaklumkan taufan itu meningkatkan monsun barat daya, membawa lebih banyak hujan ke Filipina, yang dilanda hujan lebat sejak 11 Julai.

Radio tempatan melaporkan bahawa seorang budak lelaki berusia 14 tahun hilang selepas mengharungi banjir di wilayah Rizal, timur Manila.

Menurut PAGASA, Gaemi bergerak ke arah barat laut menuju Taiwan pada kelajuan purata 155 kilometer sejam (km/j) dan angin kencang sehingga 190km/j.

Tambahnya, monsun barat daya yang dikuatkan lagi oleh Gaemi akan membawa hujan sederhana hingga lebat di banyak kawasan di Luzon sehingga Jumaat, serta kawasan di wilayah Visayas di tengah Filipina dan utara Mindanao di selatan Filipina.

Gaemi, taufan ketiga yang membadai Filipina tahun ini dijangka meninggalkan Filipina pada malam Rabu atau awal pagi Khamis.

Purata 20 taufan melanda Filipina setiap tahun dan kepulauan ini turut terdedah kepada puting beliung tropika, membawa hujan lebat, banjir, dan angin kencang yang mengakibatkan korban dan kemusnahan tanaman serta harta benda. BH

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Video call’ Malaikat Maut, Mama Ghufron mohon maaf

Ugutan rogol, Diana Danielle lapor polis

Digelar ahli neraka

Ruhainies nafi diboikot, terima banyak tawaran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker