‘Syukur kepadaMu ya Allah, keadilan terhadap anak saya kini terbela’
‘Syukur kepadaMu ya Allah, keadilan terhadap anak saya kini terbela’
PUTRAJAYA: Tiada apa yang dapat menggambarkan perasaan ibu bapa kepada penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain sebaik enam ‘pendera’ dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan, hari ini.
Sebaik selesai prosiding yang berlangsung lebih tiga jam itu, Zulkarnain Idros, 59, dan Hawa Osman, 60, terus keluar dari mahkamah dan melakukan sujud syukur.
Mereka dilihat menangis dan menadah tangan syukur kerana apa yang diimpikan selama ini supaya enam pesalah itu diheret ke tali gantung tercapai.
“Keadilan terhadap anak saya kini terbela, kami bersyukur kepadaMu ya Allah,” jerit Hawa.
Terdahulu, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung kepada enam bekas penuntut UPNM kerana membunuh Zulfarhan Osman, tujuh tahun lalu.
Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali yang kesemuanya kini berusia 28 tahun.
Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengembalikan semula tuduhan bunuh terhadap mereka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini keenam-enam perayu yang juga responden dalam rayuan itu dihukum penjara 18 tahun kerana menyebabkan kematian tanpa niat terhadap arwah Zulfarhan Osman mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan. BH
‘Syukur kepadaMu ya Allah, keadilan terhadap anak saya kini terbela’
Baca Artikel Menarik:
- Sepatutnya gantung Wan Fayhsal setahun
- MCA bakal tinggalkan BN?
- Tak sempat sambut ulang tahun kahwin bulan depan
- Kes pukul OKU pekak, NGO gesa percepat pendakwaan
- Bunuh lalu bakar mayat, 3 sekawan didakwa
- Jailani terikat aku janji, kena bayar ganti rugi – Ab Rauf
- Anak umur 7 tahun jadi imam, Syatilla Melvin menangis ketika solat
- Intan Najuwa nak saman
- Apa akan jadi dengan Peja?
- Nabil tempah iklan ‘billboard’ minta cuti
- Tak perlu tunggu 24 jam untuk lapor orang hilang – KPN
- Angin berhembus ucapan terima kasih mangsa (Video)
- Jamal rugi RM2 juta
- Pan-gon perlu bayar lebih RM3 juta
- ADUN Rembia kena sedia bayar denda RM100 juta – Dr Akmal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tolak jawatan SUA Bersatu, nak jawatan timbalan presiden?
You must be logged in to post a comment.