Hassan persoal status ‘pulau’ Forest City

Hassan persoal status ‘pulau’ Forest City

Seorang ahli parlimen PH hari ini mempersoal kewajaran Forest City diberikan status pulau ketika kewujudannya bukan secara semula jadi bahkan ditambak.

Menurut Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) memang langkah tersebut mampu memberi wajah baru kepada Forest City, daripada “bandar hantu” menjadi pusat ekonomi baru.



Melihat sisi positif pada awalnya, Hassan berkata Seksyen 163 (A) (C) Rang Undang-Undang (RUU) Zon Bebas (Pindaan) 2024 itu akan menjadikan Forest City kawasan bebas cukai zon bebas cukai.

“Apabila status ini berlaku saya nampak kesan baiknya ialah Forest City yang sekarang ini selalu diperli, diusik sebagai ghost city, bandar raya hantu sebab tak ramai orang beli rumah mewah,” katanya.

Apabila kawasan itu menjadi zon bebas cukai, kata ahli parlimen PKR itu lagi, Forest City boleh dihidupkan kembali dan orang ramai akan datang membeli hartanah, sekali gus meningkatkan ekonomi setempat.

“Jadi tidaklah membazir. Ini bermakna (berlaku) pembangunan yang besar dan cantik iaitu selat di Johor ditambak menjadi pulau.



“Tapi yang berhormat menteri, dengan pindaan takrif ini bolehkah (Pulau Satu) Forest City diiktiraf sebagai pulau?

“Ia hanyalah tanah yang ditambak, ia tak sama dengan Pulau Pangkor, Tioman, Langkawi. Walaupun diwartakan, bolehkah ia ditakrif sebagai pulau?” katanya ketika membahaskan RUU tersebut hari ini.

RUU yang dibentangkan itu bertujuan untuk membolehkan Pulau Satu di Forest City mendapat status pulau bebas cukai.

Dengan pindaan itu juga, Pulau Satu tidak lagi menjadi sebahagian daripada kawasan utama kastam sebaliknya disenaraikan sebagai pulau bebas cukai seperti dinikmati Labuan, Pulau Langkawi, Pulau Tioman, dan Pulau Pangkor.



RUU Kastam (Pindaan) 2024, RUU Eksais (Pindaan) 2024, RUU Zon Bebas (Pindaan), RUU Cukai Jualan (Pindaan) 2024, dan RUU Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2024 dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama semalam.

Mengulas lanjut Hassan berkata, kesan lain yang baik untuk Forest City apabila RUU tersebut diluluskan ialah, program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dapat dirancakkan kembali.

Pada masa sama, katanya, persoalan lain yang perlu difikirkan kerajaan ialah isu pemilikan tanah di kawasan itu kepada warga asing.

“Sekarang yang buruknya ialah hak milik hartanah itu.



“Apa yang saya faham di bawah kuasa kerajaan negeri ia diberi status pegangan bebas (freehold). Selagi ada matahari dan bulan hartanah di Forest City yang dibeli oleh rakyat asing berstatus harta pegangan bebas.

“Rakyat Malaysia yang beli hartanah pula pegangan leasehold (pegangan pajak) 90 tahun… jadi ini tidak adil.

“Saya minta Majlis Tanah Negara, kerajan pusat bincang baik-baik dengan Johor soal freehold ini untuk kepentingan negara kita pada masa akan datang,” katanya yang menambah, isu terseut melibatkan aspek keselamatan dan sensitif. Mk

Hassan persoal status ‘pulau’ Forest City



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amat bahaya kalau saya dedahkan alasan letak jawatan – Pan Gon



Apa maksud Pan-gon dengan bahaya? — TMJ

‘Posting’ terakhir Nur Farah sebelum ditemui maut dibunuh

Perpisahan jalan terbaik – Nourul Depp

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker