Promosi produk berbaur lucah, Neelofa masih enggan mengulas
KUALA LUMPUR: Pengasas jenama Nilofa Plus, Neelofa enggan mengulas lanjut kontroversi promosi produk keluaran syarikat itu yang dikecam netizen berikutan paparan grafik berunsur lucah pada iklan, baru-baru ini.
Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor berkata, kenyataan memohon maaf dan penjelasan sudah dimuat naik akaun Instagram (IG) Nilofa Group (nilofagroup), baru-baru ini.
“Saya fikir komen dan penjelasan lanjut tidak diperlukan lagi sebab takut jadi panjang cerita. Daripada pihak jenama terbabit sudah membuat permohonan maaf. Kita sudah akui apa yang perlu.
“Saya fikir itu sudah ada ‘fullstop’ (noktah atau penamat). Jadi, ‘move on’ (teruskan) pada fasa yang seterusnya. Saya fikir lebih baik kita tidak bercakap soal itu,” katanya ditemui pada majlis pembukaan kedai Nunha yang pertama di pusat beli belah Mytown di sini, hari ini.
Neelofa mengakui kontroversi itu memberi pengajaran buatnya, namun, tidak mahu memanjangkan ulasan berhubung perkar itu.
“Iya pengajaran, tetapi, tiada ulasan lain,” katanya.
Sebelum ini, syarikat pembangunan aplikasi gaya hidup Muslim, TheNoor menafikan pembabitan pengasasnya Neelofa dalam penghasilan atau pengedaran gambar iklan berunsur lucah di IG, baru-baru ini.
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TheNoor, Mohd Izzairi Yamin dilapor berkata, kandungan yang dimaksudkan itu hanya berkaitan produk lain dan tidak mewakili strategi pemasaran atau piawaian etika TheNoor.
Akaun IG nilofagroup turut memuat naik kenyataan pasukan pengeluar produk ‘Isterix’ susulan kontroversi terbabit.
“Kami terima semua teguran dan akur dengan kesilapan ini. Kami akan lebih menjaga sensitiviti untuk menghasilkan kandungan yang lebih mesra masyarakat pada masa akan datang,” kata kenyataan itu.
Permohonan maaf dibuat selepas IG rasmi nilofagroup memaparkan beberapa foto objek yang seolah-olah menyerupai alat sulit wanita bagi mempromosikan produk mengeratkan hubungan suami isteri itu.
Perkongsian itu mengundang kecaman netizen yang menyifatkan visual terbabit berunsur ‘soft porn’ dan tidak menjaga sensitiviti masyarakat.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Jangan kacau saya – Tengku Hassanal
- Keropok beracun: Muhammad Luth pula meninggal
- Masa orang UMNO masuk parti dia, ok saja – Anwar
- Jangan polemikkan RUU Mufti Wilayah Persekutuan 2024
- Hormat dulu hak rakyat – Akmal bidas Pemuda PH
- Awas, 2 panglima bergabung nak tawan Selangor
- Ke mahkamah jua akhirnya
- Papagomo dicekup polis lepas keluar mahkamah
- Anda sentuh anda keluar – Asyraf Wajdi
- RUU Mufti WP bawa takrifan sempit – Raja Perlis
- Langkah Sheraton boleh berulang dengan keputusan speaker
- Kematian 2 wanita dalam Honda WRV diklasifikasi mati mengejut
- Influencer dan isteri sudah kutip derma RM3 juta sejak 2020/a>
- Keropok racun, pekebun serah diri kepada polis
- Keputusan Johari buka jalan untuk MP kerajaan memberontak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hormati privasi dan keputusan perkahwinan saya – Tengku Hassanal
You must be logged in to post a comment.