Mangsa kayu balak tergolek, ditidurkan akibat cedera parah
Mangsa kayu balak tergolek, ditidurkan akibat cedera parah
GUA MUSANG: Gadis yang cedera parah rempuhan balak yang tergolek dari kenderaan pengangkut di lampu isyarat dekat Persimpangan Bendahara di sini pagi semalam, kini ditidurkan dan akan menjalani pembedahan.
Mangsa, Siti Norelyana Kamarulzaman, 21, kini dalam pemantauan rapi di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) akibat patah tulang punggung dan rusuk akibat dirempuh balak berkenaan.
Selain itu, mangsa juga mengalami kecederaan teruk di bahagian hati, limpa, hempedu dan usus.
Abang mangsa, Mohamad Azwa, 28, berkata, adiknya ditidurkan sejak petang semalam ketika dalam rawatan di Hospital Gua Musang.
Katanya, adiknya dihantar ke HRPZ petang semalam untuk rawatan lanjut dan dalam pengawasan rapi doktor.
“Doktor memaklumkan akan buat pembedahan untuk tulang belakang, punggung, tulang rusuk, hati, limpa, paru-paru, hempedu yang mengalami luka teruk.
“Sekarang ini doktor tengah merawat bahagian usus dan kemungkinan akan ada masalah juga. Buat masa sekarang ini semangat adik saya sangat kuat apabila dia tengah lawan sakitnya.
“Walaupun dalam keadaan ditidurkan namun dia memberi tindak balas positif pada bahagian kaki dan tangan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Mohamad Azwa berkata, ketika melihat video kemalangan yang tular dia tidak menyangka mangsa kejadian adalah adiknya sendiri.
“Semoga ada keajaiban supaya adik akan sembuh kembali dan kami sekeluarga mengharapkan doa orang ramai.
“Mengikut perancangan adik akan melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya pada Disember ini,” katanya.
Sementara itu tunang mangsa, Nik Amnan Arif Nik Anuwar, 22, berharap supaya orang ramai menghentikan dakwaan palsu berkaitan kejadian dan keadaan tunangnya.
“Di media sosial pelbagai dakwaan dibuat terhadap tunang saya, ada yang kata dia sudah meninggal dan yang paling teruk tuduhan Siti Norelyana mengandung.
“Semua dakwaan itu tidak benar dan saya berharap individu yang bertanggungjawab dapat memadamkan semua ‘posting’ mereka di media sosial.
“Kami mengharapkan doa rakyat Malaysia supaya tunang saya akan sembuh seperti biasa,” katanya berada di HRPZ II.
Semalam media melaporkan seorang wanita cedera parah dirempuh kayu balak dari lori yang terbalik di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata penyambung pada lori pengangkut balak itu patah ketika melalui selekoh dipercayai menjadi punca kayu balak terjatuh dan tergolek sebelum merempuh penunggang motosikal wanita yang kebetulan berada di situ. BH
Mangsa kayu balak tergolek, ditidurkan akibat cedera parah
Baca Artikel Menarik:
- Pemimpin Umno kena jadi ‘pembangkang’ – Johari
- Rafizi kena jaga mulut
- Bahlol, bodoh Rafizi makan diri
- Tarian pengantin India bersama rakan Melayu jadi viral (Video)
- Mula bergurau, kemudian bergaduh
- Tak perlu lari, runding saja – Anwar
- Kes tumbuk teman wanita, ini kata Ammar Alfian
- ‘Real Taib’ dipenjara 91 bulan, 6 sebatan
- Mamat Exist mengaku ambil dadah
- Muharam bulan Syahrullah
- ‘Berbohong dari dahulu sehingga sekarang, UMNO tidak akan berkerjasama selagi Hadi Awang Presiden PAS’
- Ini rahsia mengapa sepakan penalti England begitu sempurna dalam Euro 2024
- Henti salahkan orang, UMNO kuat MCA & MIC akan turut kuat, jika UMNO lemah begitulah sebaliknya
- ‘Formula Sakti’ Rafizi akhirnya makan diri
- Noh, Annuar ibarat ‘kemuncup di seluar dalam’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.