DSP dituduh bunuh pelajar mohon dibenar ikat jamin
DSP dituduh bunuh pelajar mohon dibenar ikat jamin
IPOH: Mahkamah Tinggi menetapkan 1 Ogos depan sebagai tarikh pendengaran permohonan jaminan bagi kes pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan yang didakwa membunuh pelajar Tingkatan Lima pada Disember tahun lalu.
Tarikh itu ditetapkan Hakim, Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet, selepas peguam bela, Jacky Loi Yap Loong, Lim Chi Chau dan Lim Jin Wen yang mewakili tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, 45, menyerahkan afidavit pendek bagi membolehkan permohonan ikat jamin terhadap tertuduh kes itu.
Hakim menetapkan 1 Ogos itu untuk kedua-dua belah pihak memfailkan hujahan, sementara menunggu tarikh perbicaraan bagi permohonan jaminan itu selepas Jacky Loi memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya sudah memfailkan afidavit permohonan itu pada 28 Jun lalu.
Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz, memberitahu bahawa penetapan tarikh itu adalah untuk membolehkan kedua-dua belah pihak pendakwaan dan pembelaan masing-masing memfailkan hujahan bertulis serta hujahan balas sebelum tarikh bicara permohonan jaminan kes bunuh itu ditetapkan kemudian.
“Hari ini, mahkamah beri arahan kepada kedua-dua pihak untuk failkan hujahan dan hujahan balas masing-masing. Maknanya selepas 1 Ogos nanti baru kita tahu bila tarikh mula bicara bagi permohonan jaminan itu,” katanya.
Pada 14 Mei lalu, Mohd Nazri yang sebelum ini bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan membunuh terhadapnya dibacakan juga di hadapan Bhupindar Singh.
Mahkamah ketika itu menetapkan hari ini sebagai tarikh sebutan untuk kedua-dua pihak untuk menyerahkan afidavit masing-masing.
Mengikut pertuduhan, Mohd Nazri didakwa melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17 di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati dalam daerah Kinta, di sini antara jam 11.45 pagi hingga 12.40 tengah hari, 15 Disember 2023.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara sehingga 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum dengan tidak kurang 12 sebatan.
Sebelum ini, Bhupindar Singh juga sudah menetapkan 30 hari tempoh perbicaraan bagi tuduhan kes bunuh pelajar itu dengan perbicaraan akan bermula pada 4 November depan sehingga 17 Januari 2025. BH
DSP dituduh bunuh pelajar mohon dibenar ikat jamin
Baca Artikel Menarik:
- Hafidz, Shuhada diminta berhenti meroyan
- Suara mengilai atas bumbung masjid
- Russia serang New York, 60 maut
- Naik Vellfire curi bungkusan atas pagar rumah
- Jay Jay yang lumpuh separuh badan kini semakin pulih
- Honda City langgar kereta peronda, 2 anggota polis cedera
- Pemandu maut Lamborghini terbabas, terbakar
- Sanusi mahu polis siasat kenyataan ‘Tokong’ oleh Tunku Ismail
- Polis siasat akaun media sosial tuduh TMJ terlibat rasuah
- Umno talian hayat PAS jadi kerajaan
- Seberang sungai dengan kereta kebal, lima askar temui ajal
- Anwar ‘betulkan’ Rafizi, subsidi petrol RON95 belum ada keputusan
- Kalau Aliff Aziz, minta maaf – Sophia Albarakbah
- Seks tanpa rela dengan 2 wanita Mongolia, bekas polis diarah bayar RM820k
- Bila TMJ pertikai pusingan U MFL, Sanusi tampil sokong Selangor FC
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kenapa produk Neelofa ni, siap berair?