Kenal pasti calon PRU UMNO dari sekarang – Johari
Kenal pasti calon PRU UMNO dari sekarang – Johari
Umno perlu mengenal pasti pemimpin yang boleh diangkat sebagai calon PRU akan datang dari sekarang supaya mereka boleh mula menabur khidmat bakti dan mengenali pengundi di kawasan masing-masing dengan lebih baik.
Naib Presiden Umno, Johari Abdul Ghani, berkata ini boleh menjadi kaedah tapisan awal untuk memastikan calon dipilih adalah tepat dan betul-betul dikenali, serta diterima pengundi setempat.
“Pemimpin Umno di peringkat negeri akan mengenal pasti dan kita akan pantau mereka, kena buat kerja dari sekarang, jadi boleh tengok, dapat maklum balas rakyat suka, jalanlah…tapi kena persetujuan daripada presiden (Umno) jugalah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Arau.
Turut hadir ketua Umno Perlis yang juga Ketua Umno Arau Rozabil Abdul Rahman.
Dalam pada itu, Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa mengingatkan pemimpin dan ahli Umno di kawasan yang tidak dimenangi parti itu, supaya menggunakan kaedah berbeza dalam menyampaikan khidmat lebih berkesan kepada rakyat.
“Kita kena belajar melihat kedudukan kita bukan wakil rakyat (di sesuatu kawasan itu), jadi kalau kita nak meneruskan khidmat, kita kena buat dengan cara yang berbeza,” katanya. FMT
Kenal pasti calon PRU UMNO dari sekarang – Johari
Baca Artikel Menarik:
- Seks tanpa rela dengan 2 wanita Mongolia, bekas polis diarah bayar RM820k
- Bila TMJ pertikai pusingan U MFL, Sanusi tampil sokong Selangor FC
- Semoga Nora Danish dapat jodoh lelaki beriman
- JDT kena denda beratus ribu tak ada pula Sultan Johor keluarkan surat – TMJ
- Peja-Hamzah rebut timbalan presiden Bersatu, Azmin tekan ‘brek’?
- Selesaikan pergeseran Bung-Rahman di Sabah segera, Umno pusat diberitahu
- Waran tangkap Norjuma Habib dikeluarkan
- Apa masalah dengan Hassan ni?
- Hajat pesakit kanser meninggal dunia di Mekah jadi kenyataan
- Polis disyaki mabuk tunjuk ves bakal dikenakan tindakan (Video)
- Ibu Aliff Aziz pertikai netizen boikot Terjerat
- Pak guard sekolah komplot noda murid tingkatan 1 bersama dua remaja
- Bersatu patut jaga-jaga perbincangan ’PAS-kerajaan’- penganalisis
- Mahathir punca perpecahan orang Melayu – penganalisis
- Kau pakai mercedes ke apa ke peduli apa aku – Akmal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Netizen mahu tindakan diambil terhadap ‘rider’ Domino Pizza lawan arus (Video)
Tajikistan larang penggunaan hijab dan ribuan masjid ditutup
You must be logged in to post a comment.