UMNO akan bertanding di PRK Nenggiri – Zahid

Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan parti itu akan meletakkan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri, Kelantan yang dijadualkan pada 17 Ogos ini.

Presiden Umno itu turut memaklumkan Umno sudah melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ketua bagi PRK itu, manakala Ahmad Jazlan Yaakub sebagai ketua operasi.

Ahmad Jazlan merupakan Pengerusi Umno Kelantan dan Pengerusi Felcra, manakala Tengku Razaleigh adalah bekas ahli parlimen Gua Musang.

“Hari ini, depan wartawan yang ada dalam dewan ini, saya nak umumkan bahawa Umno akan meletakkan calon untuk pilihan raya kecil Nenggiri.

“Lepas ini kita (Umno) akan ke sana untuk memastikan calon kita menang dan kita juga sudah melantik Tengku Razaleigh sebagai ketua pilihan raya kecil itu bersama Jazlan Yaakub sebagai ketua operasi.

“Kombinasi ini akan dapat memastikan kemenangan dalam PRK itu nanti,” katanya berucap merasmikan mesyuarat Umno Lipis di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di Lipis, hari ini

Pengumuman Ahmad Zahid itu menyaksikan cadangan PH Gua Musang mahu meletakkan calon mereka di situ mungkin tidak kesampaian.

Pengerusi PH Gua Musang, Asharun Uji, pada 25 Jun lalu dilaporkan berkata calon mereka wajar diberi peluang bertanding Nenggiri kerana mempunyai senarai individu setempat yang layak diangkat sebagai calon.

“Ini sekadar cadangan, lagipun BN yang merupakan rakan gabungan PH sudah bertanding pada PRN ke-15 lalu.

“Namun tidak salah jika kami diberikan peluang,” katanya.

Bagaimanapun Asharun menegaskan keputusan akhir tetap terletak pada pertimbangan pucuk pimpinan tertinggi parti di peringkat pusat dan negeri.

PRK Nenggiri diadakan selepas DUN Kelantan pada 13 Jun lalu mengumumkan kerusi itu kosong ekoran notis Bersatu mengenai keahlian Mohd Azizi Abu Naim, yang tergugur dari parti berkenaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nedim masuk ICU, Nora Danish kata “stay strong daddy”

Netizen mahu tindakan diambil terhadap ‘rider’ Domino Pizza lawan arus (Video)

Tajikistan larang penggunaan hijab dan ribuan masjid ditutup

Sebak lihat wajah ibu kandung selepas 27 tahun terpisah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker