Hajat Wan Maimunah tercapai, kini sudah bergelar Hajjah

Kuala Lumpur : Selain perasaan syukur sudah kembali ke tanah air, pelakon veteran, Wan Maimunah, 67, yang kini bergelar hajah turut menitiskan air mata gembira selepas selesai mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Makkah, baru-baru ini.

Malah, menerusi komen segelintir netizen pada video dikongsikan bintang veteran itu di TikTok, rata-rata mengucapkan tahniah kepadanya dan berharap semoga dia memperoleh haji yang mabrur.

“Alhamdulillah.. ibu dah selamat sampai (di Malaysia). Terima kasih atas doa semua.



“Allahuakhbar, Alhamdulillah mudah-mudahan awak semua akan menyusul ke Tanah Suci untuk menunaikan rukun Islam yang kelima, insya-Allah. Mudah-mudahan dengan izin Allah,” katanya ringkas.

Terdahulu, Wan Maimunah berangkat ke Makkah pada 10 Mei lalu sebagai salah seorang jemaah haji terpilih dari Malaysia pada tahun ini selepas dimaklumkan pihak Lembaga Tabung Haji kepadanya sebelum Ramadan lalu.

Dalam temubualnya pada 1 Mei lalu, Wan Maimunah atau nama sebenarnya, Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, berkata, dia dengan reaksi spontan terus meraung sebaik mendapat tahu berpeluang menunaikan haji kerana tidak percaya akan terpilih menjadi tetamu Allah juga.

“Bila diberitahu saya terpilih menunaikan ibadah haji tahun ini, saya meraung. Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Pada Disember 2022 lalu, saya tunaikan umrah dan memang saya tidak puas.



“Tak puas sebab rasa nak duduk depan Kaabah dari jam 9 pagi hingga sebelum solat Zohor dan menyebabkan saya terpaksa menolak melakukan aktiviti ziarah. Di depan Baitullah, saya mengadu pada Allah.

“Saya tak puas kerana hanya berkesempatan membuat umrah wajib saja. Tak sempat nak buat tawaf sunat dan beriktikaf lama dalam masjid dan saya juga lebih banyak solat dalam bilik,” katanya bercerita pengalaman umrah itu.

Wan Maimunah yang mendapat jolokan pelakon ‘air mata’, mengakui sedar dirinya tidak sempurna dan juga seorang pendosa, namun selalu memohon kepada Allah agar sebelum nyawa diambil, dia berharap dapat menunaikan haji.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nedim masuk ICU, Nora Danish kata “stay strong daddy”



Netizen mahu tindakan diambil terhadap ‘rider’ Domino Pizza lawan arus (Video)

Tajikistan larang penggunaan hijab dan ribuan masjid ditutup



Sebak lihat wajah ibu kandung selepas 27 tahun terpisah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker