Ada lagi kejutan pelarasan subsidi – Rafizi
Ada lagi kejutan pelarasan subsidi – Rafizi
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kerajaan akan menggunakan strategi sama, iaitu dengan tidak membuat makluman awal kepada umum berkenaan sebarang keputusan berkaitan penyelarasan subsidi petrol RON95.
Bercakap dengan pemberita di acara Forum Ekonomi Dunia di Dalian, China, Rafizi berkata demikian ketika ditanya jika langkah itu akan dilaksanakan pada tahun ini, dan pengumuman awal akan dibuat.
“Kita tidak akan dedahkan rancangan kita, seperti mana kita kejutkan semua orang dengan diesel.
“Sama seperti kita kejutkan semua orang dengan diesel, saya fikir ada satu lagi kejutan untuk orang ramai,” katanya seperti dipetik organisasi berita kewangan, Bloomberg.
Tampak bersemangat, Rafizi dilihat tidak begitu bimbang dengan kemungkinan pemansuhan subsidi bahan api akan memberi kesan kepada inflasi, di tengah kenaikan Harga barang.
“Saya tahu soalan orang ramai kepada saya: apa seterusnya? Di Malaysia, kami ada diesel untuk industri, dan petrol untuk pengguna.
“Buat masa sekarang, kami memberi tumpuan kepada diesel kerana ketirisan besar sebenarnya berlaku dalam (subsidi) diesel.
“Saya fikir kami kena pastikan dan belajar daripada proses untuk menambah baik keseluruhan system,” katanya lagi.
Berdasarkan Mekanisme Harga Automatik mingguan untuk produk petroleum, RON95 ditetapkan pada Harga RM2.05 seliter, RON97 (RM3.47) dan diesel (RM3.35) untuk Semenanjung Malaysia.
Subsidi diesel dikekalkan di Sabah Sarawak.
Baca Artikel Menarik:
- Seks tanpa rela dengan 2 wanita Mongolia, bekas polis diarah bayar RM820k
- Bila TMJ pertikai pusingan U MFL, Sanusi tampil sokong Selangor FC
- Semoga Nora Danish dapat jodoh lelaki beriman
- JDT kena denda beratus ribu tak ada pula Sultan Johor keluarkan surat – TMJ
- Peja-Hamzah rebut timbalan presiden Bersatu, Azmin tekan ‘brek’?
- Selesaikan pergeseran Bung-Rahman di Sabah segera, Umno pusat diberitahu
- Waran tangkap Norjuma Habib dikeluarkan
- Apa masalah dengan Hassan ni?
- Hajat pesakit kanser meninggal dunia di Mekah jadi kenyataan
- Polis disyaki mabuk tunjuk ves bakal dikenakan tindakan (Video)
- Ibu Aliff Aziz pertikai netizen boikot Terjerat
- Pak guard sekolah komplot noda murid tingkatan 1 bersama dua remaja
- Bersatu patut jaga-jaga perbincangan ’PAS-kerajaan’- penganalisis
- Mahathir punca perpecahan orang Melayu – penganalisis
- Kau pakai mercedes ke apa ke peduli apa aku – Akmal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nedim masuk ICU, Nora Danish kata “stay strong daddy”
Netizen mahu tindakan diambil terhadap ‘rider’ Domino Pizza lawan arus (Video)
Tajikistan larang penggunaan hijab dan ribuan masjid ditutup
You must be logged in to post a comment.