Pak guard sekolah komplot noda murid tingkatan 1 bersama dua remaja

Pak guard sekolah komplot noda murid tingkatan 1 bersama dua remaja

Tiga lelaki termasuk dua remaja berusia 15 tahun ditahan kelmarin selepas disyaki memperkosa gadis 13 tahun di sebuah sekolah sekitar Kota Damansara, di sini, 1 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, suspek yang berusia 15 hingga 24 tahun itu tidak mempunyai sebarang rekod lampau.



Katanya, gadis berkenaan difahamkan berkenalan dengan suspek berusia 15 tahun yang merupakan pelajar di sekolah sama melalui media sosial.

“Mangsa dijemput suspek bersama seorang lagi rakannya yang merupakan pengawal keselamatan sekolah mereka dengan menaiki kereta dengan nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti.

“Selepas itu, mangsa dibawa ke sebuah kelas di sekolah berkenaan sebelum dirogol dua suspek itu kira-kira 12.50 tengah malam,” ujarnya.

Menurut beliau, pengawal keselamatan berusia 24 tahun itu berkomplot dalam membantu membuka kelas di sekolah terbabit.



Kemudian, datang seorang lagi suspek ketiga yang juga berusia 15 tahun turut melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mangsa.

“Suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bermula semalam sehingga 2 Julai ini,” katanya. K Online

Pak guard sekolah komplot noda murid tingkatan 1 bersama dua remaja

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kesilapan Azmin bikin Mahathir berubah hati

Apa kelayakan Siti Nurhaliza sehingga diberi jawatan pakar UMCced?



Sudahlah kalah, lamaran ditolak

Boikot konsert Bruno Mars di Bukit Jalil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker